Welcome to my blog..
Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.
my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html
buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html
How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html
Share your blog link at the bottom of this page.
my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html
buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html
How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html
04 April 2009
Cemburu Seorang Perempuan
(ak letak 2-2 gamba sbb xto nk pilih yg mn satu)
Cemburu Seorang Perempuan
Genre: Romance
Author: Siti Hazneza Abdul Hamid
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
Huhuh.. kali ni ak ingin berbicara tentang buku lak.
Sinopsis belakang buku:
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas
sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal....
-----
"Akukah yang tidak adil di dalam menimbang kasih?"
Cemburu seorang Perempuan sebenarnya menceritakan bagaimana 2 wanita menangani rasa cemburu dengan cara masing2. Seorang menyemai rasa dendam dan seorang lagi mengukuhkan keimanan.
Mengisahkan Zikrillah berkahwin dgn orang yg dicintainya, Emilya. Mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emi tak boleh mengandung lagi. Dia mahu mengikat kasih Zik dengan cahaya mata, lalu mencadangkan Zik mengahwini his own best friend, Dhiya' kerana Emi tahu Zik dan Dhiya' kawan sampai bila2 dan tak akan wujud 'cinta' antara mereka. Emi mahu menggunakan Dhiya' sebagai medium utk melahirkan anak dia dan Zik. Ibu tumpang. Dhiya' rela
kerana dia memang kasihkan Zik dan menghormati persahabatan Zik. Dia berkahwin dgn Zik supaya boleh melahirkan anak2 untuk Emi dan Zik.
Emi dan Dhiya' tak dapat melarikan diri dari rasa cemburu sedangkan Siti Aishah cemburukan Siti Khadijah, inikan pula Emi dan Dhiya'. Emi nekad Dhiya' takkan memiliki Zik, walaupun Zik tak pernah menyentuh Dhiya' dan setia pada Emi. Zik dan Dhiya' memang sahabat terbaik tetapi selepas 3 kali sabar melahirkan anak2 hebat utk Zik dan Emi, Zik mengaku sayangkan Dhiya' tapi cintakan Emi. Emi
sentiasa menggelorakan perasaannya dan Dhiya' sentiasa memberi ketenangan kepadanya, tempat dia mengadu segala galanya. Dengan Dhiya' dia boleh bersembang apa saja, dengan Emi, hanya cinta yg membara.
Zik tidak mampu 'bersama' dgn Dhiya' kerana terbayangkan Emi, dan Dhiya tak mahu bersama dgn Zik yg mahu menggaulinya kerana rasa simpati, bukan kerana kasih dan cinta. Emi menyibukkan Dhiya' dengan meminta Dhiya' mengandung lagi atas hasutan ibu bapanya yg tak sudah2 menyemai rasa ragu2 Emi atas hubungan Dhiya'-Zik.
Emi mula mengongkong dan mengugut siap guna minyak tanah dan pisau. Jika Zik berlama-lama di rumah Dhiya' Emi akan memukul anak2nya, mencemuh Dhiya'. Dhiya' sabar dan sanggup berjauhan dgn org yg dicintainya malah mencadangkan Nik pura2 meluahkan marah kpd dirinya di hadapan Emi supaya Emi lebih senang hati. Dhiya' melahirkan anak keempat tanpa Zik. Dhiya' pastikan Dhiya dan Zik tidak bertemu. Namun rindu membawa Zik kepada Dhiya' hingga sanggup berbohong pada Emi. Emi mengekori dan dendamnya mekar kembali.
Masa ketiadaan Zik Emi mengajak Dhiya' keluar lalu mencederakan wanita itu.. ni bukan kira tarik rambut, tampar2 ni.. dia guna besi utk meluluhkan seluruh anggota Dhiya' hingga tercerai kedua2 tangannya, wajahnya ditoreh dan dibakar agar Dhiya' tidak mati tetapi menderita. Emi ditakluk syaitan! Dia dah gila! Balik ke rumah dia tak nampak anak2nya yg empat orang tu anak2nya, semuanya mewarisi keindahan Dhiya', dipenuhi ilmu dan amal, dididik dengan al-Quran, dibaja dengan rasa hormat kepada ibu, mama dan ayah mereka. nyawa anak2 itu digugat ibu sendiri, dua pergi utk selama lamanya dua lagi mengalami trauma.
Emi mencederakan diri hingga mati. Zik teruji. Dhiya' yang diterima sekarang sudah tidak sempurna, berkerusi roda, tangan2nya kudung, wajahnya berselubung tapi hati Zik tetap terpaut. Dhiya' dicintai dan dikurniai lagi 3 cahaya mata yg suci.. Dhiya' sentiasa teguh tak kira bagaimana dugaan menimpa. Akhirnya sahabatnya menyintai dirinya seikhlas ikhlasnya.
"Aku orang bukit yang telah mengambil risiko tinggi membina rumah di tepi pantai yang paling bergelora..."
-----
Kali pertama ak baca buku ni kt library UMP. tapi time tu ak baca sekerat je. Pastu beberapa ari lepas tu ak g semula library carik buku ni sbb nak abeskan citer die. best.. Tapi 2,3 ari gak ak cari buku ni kt library baru berjumpa.
Mmg terharu sgt baca cter ni. Cuma ak x nangis je. Ada tema kekeluargaan.
Si Zik ni pernah tanya kt Dhiya kenapa Dhiya terima lamaran die.
Pastu dia jawab lebih kurang camni la.
"Katakan kau mengidam sangat2 pisang. Memang ko nak sangat2 dah. Pastu ada orang bagi kt ko lepat. lepat pisang. Ko terima tak?"
"Kau adalah pisang yang datang kepada aku dalam bentuk lepat,Zik.."
amik sikit2 review dr novelcinta.multiply.com/
pinjam ek? bole kan? kan? kan?
~ td ak da kuar air mata. tyme wat cek resdung kt dpn kk1 tu.
rionix ~ ak pun baca novel gak la kengkawan.. tp xde la novel sekadar jiwang2. Ak bkn mat flower sgt pun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment