Welcome to my blog..

Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.

my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html

buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html

How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html

29 May 2011

Bertuah andai diuji

~TEST~

Korang tahu tak.. Kita sebenarnya bertuah kalau diuji.
Ujian tu satu rahmat sebenarnya.

Ibarat pekerja2 yang diuji tuannya, amik exam segala untuk naik pangkat dan naik gaji.
Ujian ni Allah bagi kat kita untuk naikkan pangkat dan gaji kita kat akhirat nanti..

Tapi tu lah kita.
Bila diuji dengan kesenangan, kita lupa diri, lupa dunia, lupa tuhan.
Bila diuji dengan kesusahan, kita marah2.

Kita bertuah.
Itu maknanya tuhan sayang kat kita.
Itu maknanya tuhan nak tambah ganjaran kita.
Tuhan nak ampunkan dosa2 kita.
Tuhan nak mantapkan iman kita.

Ujian itu sebenarnya hadiah buat kita!

19 May 2011

Nur Kasih [2011] Review : Seimbang

Nur Kasih The Movie [2011]

Release Date    : 19 Mei 2011
Genre    : Epic Drama
About    : Di Pawagam 19 Mei 2011
Directed By  :  Kabir Bhatia
Written By  :  Mira Mustaffa
Screenplay By  :  Mira Mustaffa
Produced By :   Filmscape Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd, Primeworks Sdn Bhd

Starring    : Remy Ishak, Fizz Fairuz, Tiz Zaqyah, Ayu Raudhah, Liza Othman, Munif Isa, Sara Ali, Adik Mia Sara Nasuha, Adik Ilyas Suhaimi

Pelakon2

Sinopsis

Setelah adam berjaya mendapatkan cinta nur..setelah aidil mendapat kepercayaan aliya..setelah sarah benar - benar insaf..apakah lagi yang sanggup dikorbankan demi cinta....nantikan Nur Kasih The Movie....

 Berkisahkan tentang Aidil (Fizz Fairuz) yang kematian isterinya Aliya (Ayu Raudhah) dan ada dua anak yang comel (yeay~ mia sara berlakon jd anak die). Aidil dalam kesedihan yang amat kerana merindui isterinya sehingga selalu terbayang2.
 Adam (Remy Ishak) mengajar bebudak remaja bermasalah, Nur (Tiz Zaqyah) kje akitek. Diorang da lama kawen tp tak dapat2 anak lagi. So satu hari ni Nur dapat tau dia mengandung, memang hepi sesangat la diorang.
 Setelah berlaku beberapa kejadian (cewah) Adam dan Nur kendiannya pegi Mekah, dan Jordan. Disana berlaku beberapa kejadian yang hampir meragut nyawa Adam dan Nur.
Tragedi dan ujian berterusan menghimpit tiga jiwa Adam, Aidil, dan Nur, dan juga menguji keimanan mereka.... (Fuh)..

Comel je..

Grafik :
Gambar cantik.. (Walaupun tak secantik HAQ yang nak buat macam klip video lagu). Tapi ada beberapa part CGI yang tak berapa nak menjadi. Ada jugak part2 yang terlebih (time men tembak2 sume kne tepat kat jantung tuh), darah yang memancut macam terkeluar dari botol air punya canggih, tapi still acceptable dan tak merosakkan keseluruhan cerita. Orang terbakar pun ada!

Cerita :
Cerita bagus, boleh difahami. Malah susunan plotnya, flashback, flashforward(betul ke ni), dan lain2 disusun dengan baik sekali.

Lakonan :
Lakonan agak bagus, yelah semua dah pengalaman kan. Cuma tak suka bila berlakon kne pegang2, peluk2 dan lain2. Eeee..

Muzik :
Memang kena dengan tempatnya. Main dengan jiwa beb.. boleh bikin nangis tu. Tapi of kos la dengan jiwa yang kental, hati yang tabah, aku tak nangis kan. Antaranya Nur Kasih (Tiz Zaqyah & Yassin), Bertemu Cinta (Mila Jirin), Tanpamu (Sabhi Saddi & Helena). Jiwang nanang.

Oh crap2, censored.. censored~

Mesej & Nilai Sosial :
Filem ini akan membuatkan anda mengingati, merindui dan lebih menghargai orang tersayang. (cececehh..) Nilai kekeluargaan dan ikatan yang kuat antara watak2 dan juga dengan tuhan cuba untuk direalisasikan oleh filem ini.
Terdapat beberapa konflik dalam agama yang ditimbulkan seperti babak seorang ustaz datang ke kelas Adam dan menegur cara Adam, kelihatan seperti mahu memenangkan teori Adam apabila Adam sebagai watak utama melawan balik ustaz tu, dan mengomel2 pulak kat rumah, complaining.
Bagi aku kedua2 pihak mungkin ada benarnya, tak bermakna hanya Adam seorang je betul.
"Niat tak menghalalkan cara ". Begitu juga niat untuk membuat filem yang 'islamik' dan 'memberi nasihat' TAK menghalalkan adegan peluk2, pegang2, gesek2 pipi (sikit lagi nk kena mulut. wiii~), seksi, dan lain2.

Keseluruhan :
Filem ini seimbang antara Grafik/Sinematografi, Muzik/Lagu, Plot/Jalan cerita, Lakonan, dan lain2.
Aku bagi 4 dari 5 bintang.

Sapekah dia? Hahaha

(Tambahan)
Ada beberapa part korang akan tertanya2 'eh Adam mati ke? Pastu mesti Aidil kawen ngan Nur eh?' Well... Nak tahu kne tengok la. Wa bayar beb duit tiket.. mana bole cerita free2 je. Hahahaha...
Oh.. ada seseorang yang akan meninggal..

Din Jerung Gergasi kasik aku tisu tapi akhirnya aku tak perlukan pon.. Walopun aku dah cuba sedaya upaya (hahaha) untuk menangis.. macho nanang. Kitorang boleh plak memain2 dalam wayang tu. Hahahaa. Mesti orang belakang kitorang tensen ngan kitorang.
Kengkawanku yang bangang Jerung Gergasi, Ijjad & Adib, telah membuatkan filem sedih jadi klaka. Haiz.

Tudung magick.Kkadang2 ia akan hilang dengan sendiri

Esok nak tengok movie Pirates Of Carribean 3D pulak. wiiii~

Ref :
FB Nur Kasih The Movie
http://www.mzulkifli.com/2011/04/nur-kasih-movie-review.html
http://www.izzudin.com/2011/05/review-nur-kasih-the-movie-kenapa-aku-tak-nangis/

18 May 2011

Akhirnya Facebook boleh view group photo


Sejak bila ada link untuk tengok foto group tu? Tak perasan pulak.

Dulu xde kan?
Skang da bole buat photo album lagi.
Takde la bersepah2 gamba dalam group tu kan.

17 May 2011

Priest [2011] Review : Sakit mata

Semalam aku tengok movie Priest [2011] kat wayang GSC East Coast Mall (ECM) Kuantan. Pengalaman luar movie macam2lah, usha awek kfc, kne tahan penjaga pintu wayang yang langsi (blah la lu), bergambar segala. Jerung Gergasi punya kamera punya pasal.

Priest [2011]

Movie Year: 2011
Release date: 2011-05-13
Director: Scott Stewart
Cast: Paul Bettany, Cam Gigandet, Maggie Q, Karl Urban, Stephen Moyer

Priest: Synopsis

Priest, a post-apocalyptic action thriller, is set in an alternate world -- one ravaged by centuries of war between man and vampires. The story revolves around a legendary Warrior Priest (Paul Bettany) from the last Vampire War who now lives in obscurity among the other downtrodden human inhabitants in walled-in dystopian cities ruled by the Church. When his niece (Lily Collins) is abducted by a murderous pack of vampires, Priest breaks his sacred vows to venture out on an obsessive quest to find her before they turn her into one of them. He is joined on his crusade by his niece’s boyfriend (Cam Gigandet), a trigger-fingered young wasteland sheriff, and a former Warrior Priestess (Maggie Q) who possesses otherworldly fighting skills.


Review :

Room wayang malam tadi cuma ada 4 atau 5 baris orang je kut. Mungkin sbb ramai org keje. Ahh... Lupakan.

Grafik : Oke ada satu benda aku tak puas hati bila tengok wayang ni. Kualiti gambar macam CILAKE! Gampang tol. Gambar kabur/blur, ibarat tengok gambar kualiti CD yang pasang kat wayang. Bodoh tul. Tak tau la tu disebabkan masalah pada Projektor wayang GSC tu ke, atau memang filem tu die wat camtu. Apa2pun, mata aku memang sangat sakit bila menonton citer ni. Boleh dikatakan 70% babak dalam citer ni kabur. Dem. Sep baik tak tengok 3d punya.

Efek? Efek aku tak sure sangat, sebab gamba kabur so aku tak dapat menikmati segala cgi computer grafik mak bapak sume. Damn u.

Jalan cerita overall OK. At least aku dapat paham, takde la rasa segampang cerita Kongsi lu langsi, langsi la sangat polis baju ketat seksi nanang tuh. Walaupun jalan cerita tak berapa complicated nak misteri segala, tapi boleh tahan lah. Cerita tahap 'boleh layan'

Suggestion : Kalau rasa nak tengok wayang biasa, takyah kut takut jd gamba kabur mcm aku. Sepanjang wayang aku maki citer tu. Mungkin nak cantik kne tengok versi HD ataupun 3D.
Kalau xde duit, senang citer download ataupun beli je DVD.

14 May 2011

Kongsi [2011] Review : Hancur

Pengarah : Farid Kamil
Genre : Aksi & Komedi
Pelakon:

• Shaheizy Sam as Tumulak;
• Fizo Omar as ASP Sharif;
• Azad Jazmin as Mikail;
• Yana Samsudin as Inspector OLLa;
• Bront Palarae as Kimpedu;
+ Azad, Putri Mardiana, Bront Palarae, Piee, Fida Ibrahim

Sinopsis

Kimpedu, the Thailand Gangster send an assassin 'Tumulak' to kill Malaysian Kongsi Gelap Chief; Malay, Chinese and Indian Taiko, to take over their business and power in Malaysia. Many of Kongsi Gelap brothers died.
ASP Sharif and Inspector OLLa are in charge of this case.
Polis Di Raja Malaysia and Malaysian Kongsi Gelap keep on hunting Tumulak till the end.

(sinopsis diambil dari fb Kongsi)

Sinopsis Bahasa Melayu

Kimpedu menghantar Tumulak (Shaheizy Sam) untuk mengkucar-kacir kongsi gelap Malaysia. Polis kejar. Tumulak kalah lalu terjun jambatan.

Pendek kan sinopsis? Sependek itulah jalan cerita Kongsi. Hahahahampeh.

Wlaupun din jerung wat review lagi awal dari aku (sbb blogspot problem), aku still nak wat review gak.

Shaheizy Sam

Boleh dikatakan cerita ini bergantung 90% kepada Shaheizy Sam. Tidak dinafikan popularitinya berjaya menarik ramai penonton sehingga boleh mengutip 1Juta hari pertama. Penuh panggung beb. Lakonan dia pun memang mantap giler. Berbanding watak2 lain yang macam tak wujud je.

Awek cun dan Seksi meksi

Fida Ibrahim - awek comel pakai tudung
rafidah ibrahim
Putri Mardiana pun ada
Yana Samsudin - inspektor olla yang seksi, suka pakai baju ketat2 untuk kejar penjahat supaya boleh goyang2 dada dan segala aset yang ada masa lari. (wow boobs!)
Yana Samsudin polis yang seksi
Kelakar?

Ada part2 yang kelakar dan boleh buat orang ketawa. Ada jugak lawak yang dibuat2 seperti memaksa orang ketawa.

Farid Kamil mengarah?

Bak kata Ijjad, "Biar Farid Kamil berlakon je, takyah mengarah. Biar Syamsul mengarah je, takyah berlakon". Sangat setuju.
Sebab muka FK sangat seswai ngan citer jiwang dan watak kesian. So aku tak perlu tengok FK sebab aku tak layan citer jiwang. Hahah.

Tak boleh ditegur



Aku komen cakap citer Kongsi tak best, terus daku diblock dan diremove dari page Kongsi. Dah tak boleh nak komen. Hahahha!

Jalan Cerita Hancur, Tiada Motif

Aku rasa kalau aku baca cerpen mesti lagi bagus dari filem ni. Mungkin storyline-nya dah ok tapi disebabkan FK nak masukkan terlalu banyak babak aksi/lawak menyebabkan cerita menjadi pendek, longgar, dan tak bermakna. Kitorang bukan sekadar nak tengok aksi/lawak/special efek gempak2. Elemen penting dalam filem adalah cerita itu sendiri k?
- Apa motif sebenar Kimpedu hantar Tumulak pergi bunuh2 orang? Dah bosan takde kerja sangat ke?
- Walaupun nama kongsi gelap tapi aku tak nampak pun dimana kebrutalan nya kongsi gelap tu.
- Dalam filem ditunjukkan Kimpedu hantar 3 orang pegi malaysia dan negara2 lain. Tapi tunjuk Tumulak je, pe kes ngan 2 orang lagi? Hiasan je?
- Kereta Evo jadi hiasan je ke dlm filem? Kejar orang jahat ikut belakang waja je. Time waja ngah sondol tu lu usha je.. Takut calar ek bang?
Ending pun hancur dengan setakat nak ulang tagline 'lu langsi lu mati'.
Wa kasik 2/5 bintang. Tu pun dah markah kesian sebab nak sokong citer melayu.

Ni citer melayu ketiga yang aku tengok kat wayang. First - Ngangkung - OK. 2nd - Hikayant Merong Mahawangsa - Best. 3rd - Kongsi - Hanco.
Kerana keciwa ngan Langsi, citer Gangster nanti mungkin aku download je kut.
Beautifulnara pun cakap tak best.

Wa sangsi, Trailer lu langsi, Awek polis seksi, Citer lu sayur basi.
Noob nanang!!~


Ref :
Kongsi FanPage

*nota : Ak tak larang sesape nak gi tengok citer ni, tapi bersedialah untuk dikecewakan.

11 May 2011

Doraemon Movie - Nobita's New Adventure Into The Magic Planet [2007]

 Doraemon Movie - Nobita's New Adventure Into The Magic Planet [2007]

Synopsis :

Nobita thought life would be better if magic existed. He talks Doraemon into letting him make a wish with the What if Telephone Booth. They are soon caught up in an adventure to save the Earth from being destroyed by a Dark/Magic Planet.

Khurafat [2011]


Khurafat [2011]

Tajuk Filem: Khurafat
Pengarah: Syamsul Yusof
Penerbit: Skop Production Sdn Bhd, Primeworks Studios Sdn Bhd
Dipawagam: 13 Januari 2011

Pelakon Khurafat:
Syamsul Yusof
Liyana Jasmay
Sabrina Ali
Md Eyzendy
Fauziah Nawi
Nur Huda binti Ismail
Mariani
Latiff Borgiba


Sinopsis Khurafat:-

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri … ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma pasangan ini…

Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan.

Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akur dengan kesilapan silamnya… perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi.

Hantu Kak Limah Balik Rumah [2010]

Hantu Kak Limah Balik Rumah [2010]


Release Date     9 December 2010
Genre   Horror Comedy
Studio   Tayangan Unggul Sdn Bhd
Directed By         Mamat Khalid
Written By          Mamat Khalid
Screenplay By    Mamat Khalid
Produced By      Tayangan Unggul sdn Bhd

Lakonan:

Awie      :               Hussein (Pelakon Utama)
Man Kadir:          Pak Jabit (Pelakon Utama)
Zami Ismail:        Pak Abu (Pelakon Utama)
Johan Raja Lawak:           Abi Hurairah (Pelakon Pembantu)
Ummi Nazeera:                Cik Nin (Pelakon Utama)
Shy8:     Usop (Pelakon Pembantu)
Pekin:   Musalman (Pelakon Pembantu)
Shoffi Jikan:        Wak Joko (Pelakon Pembantu)
Avaa Vanja:        Ayu (Pelakon Pembantu)
Nadia Mustafar:               Nadia Mustafar (Pelakon Pembantu)

Sinopsis:

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang.  Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.

Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.  Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.

Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.  Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.  Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah.  Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput.  Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut.  Hantu apakah itu sebenarnya?  Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut?  Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’

---

Review

Tiada yang hebat dalam Hantu Kak Limah.
Kesimpulan yang aku dapat buat dari kutipan yang tinggi adalah sekadar rakyat Malaysia memang suka cerita jenis seram/komedi.
Filem seperti filem seram komedi yang biasa2 saja. Lepas tonton cite ni ak tak rasa apa2 yang menarik.
Boleh plak citer ni jadi popular. hmm..

Hikayat Merong Mahawangsa [2011]


Directed By         Yusry Abdul Halim
Written By          Amir Hafizi / Yusry Abdul Halim
Screenplay By    Yusry Abdul Halim
Produced By      Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim
Release Date     10 March 2011
Genre   Action, Adventure, Epic
Studio   KRU Studios

Starring
Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Lusi, Craig Robert Fong, Eric Karl Henrik Norman, Keith Chong, Deborah Henry , Wan Hanafi Su, Dato' Rahim Razali, Khir Rahman, Ummi Nazeera, Nell Ng, Jehan Miskin, Umi Aida, Hafidzuddin Fazil, Mano Maniam

Plot Outline

Based loosely on the 16th century historical document entitled ‘The Malay Annals’, ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ is an action-packed epic adventure, with mythical characters, magical moments and dazzling visual-effects sequences. Merong Mahawangsa was a descendant of Alexander the Great, a renowned naval captain and traveller who came to Asia several hundred years ago.

The year is 120 AD… a time when the Roman Empire is at the height of its power, during the reign of Hadrian – one of the Five Good Emperors. Meanwhile in China, the Han Dynasty is firmly cemented as the ruling empire and is expanding into Central Asia... one hundred years before the period of the Three Kingdoms.

As the Roman fleet did their repairs and traded in Goa, they asked Merong Mahawangsa to escort a Roman prince to Southeast Asia, to wed a beautiful Chinese princess from the Han Dynasty. The Chinese princess and the Roman prince are supposed to meet halfway and be married on neutral grounds.

However, the pirate nation of Geruda had other plans. They decided to kidnap the Chinese princess and use her as ransom. En route to the Straits of Melaka, Merong Mahawangsa’s fleet was attacked by Geruda’s forces while stopping at a small island to replenish supplies.

Will Merong Mahawangsa be able to rescue the Princess and re-unite her with her betrothed in a marriage that is set to bring together two great civilisations from the East and West?


07 May 2011

Mantra [2010] UMP Download


Mantra [2010]


Pengarah : Azhari Mohd Zain
Syarikat Penerbit :MIG Production Sdn. Bhd.
Klasifikasi : 18PA
Tarikh Tayangan : 15 Julai 2010
Durasi : 86 min
Lakonan:
Zul Handyblack
Hasnul Rahmat
Hamdan Ramli
Mas Muharni
Bob Lokman 
Ruzaidi Abdul Rahman   
Mariani
Ana Dahlia


Sinopsis:
Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi.

Read more: http://kamalmustafa.com/filem-terbaru-di-pawagam-mantra-2010.html#ixzz1LPIBrtOz 

Download (UMP) : Check link on top of this blog.

Cuti Cuti Cinta [2010] UMP Download

Cuti Cuti Cinta [2010]


Year: 2010
Runtime: 1hr 25min
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitles: English hardsub
Genre: Romance / Comedy
Director: Ahmad Idham


Nora Danish & Farid Kamil
Cast:
Farid Kamil :Omar Rudy (Main Actor)
Nora Danish :Eeva Eliana (Main Actor)
Cat Farish :Encik Mahmood (Main Actor)
Zaibo :Tan Sri Zaini (Sub Actor)
Azizah Mahzan uan Sri Salmah (Sub Actor)
Kazaar Saisi :Bapa Omar Rudy (Sub Actor)
Zed Zaidi :Remy (Sub Actor)

Synopsis:
Eava Eliana (Nora Danish) is a director in one of the company that her father Tan Sri Zaini (Zaibo) owns. As a single child, she is pampered since childhood. Upon returning from studying abroad, she starts to work in her father's company. Tan Sri Zaini's close friend Datuk Hamzah plans to marry Eava with his playboy son Remy (Zed Zaidi) in order to control Tan Sri Zaini's wealth. Things turn awry as Eava catches Remy kissing another woman, which forces Eava to leave town abruptly. Upon reaching her hotel, she meets Omar Rudy (Farid Kamil), a hotel staff who accommodates her complaints, even being her tour guide at a small town. Things take a turn for the worse when a typhoon hit the sea, forcing Omar and Eava to camp in a secluded island in the middle of the ocean.

Cuti Cuti Cinta [2010]

06 May 2011

Cinta U - Turn [2008] UMP Download

Cinta U - Turn [2008]

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon:
Awie : Faiz (Pelakon Utama)
Fasha Sandha: Juliana (Pelakon Utama)
Mazlan Pet Pet: Hafiz (Pelakon Utama)
Abu Bakar Omar : Datuk Shuib (Pelakon Pembantu)
Jalaluddin Hasan : Datuk Jamaluddin (Pelakon Pembantu)
Azlee Senario: Manager (Anuar) (Pelakon Pembantu)
Fiza Elite: Lilly (Pelakon Pembantu)

Sinopsis Cinta U Turn

Datuk Shuib mempunyai seorang anak bernama Faiz. Dia ingin anaknya itu mengambil alih perniagaan beliau dan mengahwini seorang gadis, Juliana, iaitu anak kepada sahabatnya itu Datuk Jamal. Kekeliruan identiti Juliana berlaku apabila gambar Juliana telah bertukar dengan gambar seorang gadis yang tidak menepati citarasa Faiz. Dengan segala yang berlaku Faiz telah membuat keputusan untuk melarikan diri.

Setelah melarikan diri, Faiz pula berkenalan dengan Hafiz. Sebuah persahabatan telah terjalin diantara mereka dan telah bersama-sama berkerja di sebuah bengkel. Pada suatu hari Juliana datang ke bengkel kereta itu dan telah membuat Faiz jatuh cinta dengannya. Faiz pula sanggup melakukan apa sahaja untuk Juliana sehingga akhirnya berjaya menawan hati Datuk Jamal. Faiz telah ditawarkan kerja di rumah Datuk Jamal sebagai pemandu dan pengawal peribadi Juliana. Dengan segala yang terjadi Juliana berasa kurang senang kerana segala perancangannya telah gagal.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Datuk Jamal berjumpa dengan Hafiz yang memakai rantai pusaka Datuk Shuib. Datuk Jamal lalu membawa Hafiz balik dan diperkenalkan sebagai bakal menantunya. Faiz pula meminta Hafiz meneruskan penyamaran beliau. Berjayakah mereka menyembunyikan identiti masing-masing sebelum Datuk jamal mengetahui perkara sebenarnya?

Review:

Aku malas nak cakap lebih, sebab aku sendiri pun tak tengok lagi. Kalau nak tau, tengoklah sendiri. Filem ni arahan Razak Mohaideen, paham2 lah.

Lagi satu, sesape yg minat fasha sendat atau nak tengok dada fasha, tengok la cite ni. Fasha kan suka tayang pape je selagi boleh tayang.

03 May 2011

Isu Sumpah Laknat & Perlukah Dibalas Sumpah? (Kemaskini)

Isu Sumpah Laknat & Perlukah Dibalas Sumpah?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
oath
Sekali lagi isu sumpah berdengung hebat di dalam negara kita. Dalam peruntukan perundangan Islam, amalan sumpah wujud dengan syarat-syarat tertentu, bagi mensabitkan sesuatu dakwaan atau menolaknya. Apabila itu dilakukan, bermakna individu yang bersumpah sedang menyandarkan inti yang dikatakannya kepada Allah. Tindakan itu menjadikan inti yang didakwa atau bantah itu mempunyai suatu ‘weight’ menurut perspektif hukum Islam atau secara spiritual, malah juga mempunyai pengaruh di dalam menagih keyakinan dan kepercayaan hakim dan masyarakat umat Islam.

Ramai yang bertanya saya pandangan berkenaan sumpah yang dilakukan oleh orang-orang politik dengan bermotifkan politik tentunya. Sebenarnya, eloknya sokongan yang diinginkan tidaklah digunakan mana-mana kaedah-kaedah Islam sebagai platformnya. Ada yang berusaha untuk menjadikan satu peraturan dalam hukum Islam iaitu sumpah dengan nama Allah sebagai senjata dalam politik kepartian. Bagi saya,itu kurang sihat.

Bagi mereka yang sudi membaca dan menyelak lembaran artikel ini, saya nasihatkan agar membaca dengan tenang sehingga habis sebelum membuat sebarang tanggapan dan komentar. Itu perlu bagi mendapatkan gambaran jelas kandungan artikel ini.

WUJUDKAH SUMPAH LAKNAT DALAM HAL TUDUH ZINA?

Kembali kepada isu terkini iaitu ‘sumpah laknat’ yang dilakukan oleh Dato’ Eskay di dalam masjid tempohari sambil memegang dan mencium Al-Quran. Oleh kerana sumpah tersebut dilakukan atas dasar dan prinsip hukum agama, bagi dianggap sah dan mempunyai nilai, cara ia dilakukan mestilah disandarkan kepada dalil khusus dari Al-Quran atau Al-Hadis. Oleh itu, menjadi satu KEMESTIAN bagi memastikan sumbernya dalam hukum Islam dan betul pula cara pelaksanaannya.

Kedua hal tersebut mesti disemak sebelum inti sesuatu sumpah itu diterima oleh orang ramai dan pihak berkuasa sebagai mempunyai ‘sesuatu kekuatan’ untuk menyokong kes individu yang melakukan bersumpah.

Secara ringkasnya, membaca pandangan beberapa tokoh ilmuan tanahair dalam hal sumpah laknat ini, saya bersetuju dengan pandangan beberapa mereka yang secara ringkasnya berkata, sumpah yang dilakukan itu :-

1.       TIDAK PERLU; disebabkan proses mahkamah perlu dinantikan bagi menjamin keadilan bagi semua pihak. Maruah adalah isu besar dalam Islam, justeru, setiap kes yang boleh memalukan dan tidak lagi dipastikan benar atau salah, mestilah dibicarakan secara adil di tempat perbicaraan yang tertutup.

2.       TIDAK TERPAKAI; sumpah laknat dengan nama Allah itu tidak dikira terpakai atau sah, kerana sumpah laknat atau li’an hanya wujud untuk urusan suami isteri yang menuduh isteri pasangan mereka berzina, sebagaimana wujud peruntukan di dalam Al-Quran dalam surah an-Nur ayat 6-8. Ertinya :

“Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahwa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.” (An-Nur 6-7)

Justeru, sebarang tindakan mewujudkan sumpah laknat dalam hal menuduh zina individu lain adalah SATU TINDAKAN SALAH atau REKA CIPTA DALAM URUSAN AGAMA yang tidak dibenarkan oleh Islam. Ia ditegah oleh seluruh para ulama berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak, disebabkan ia memungkinkan individu secara bebas mencipta peruntukan baru tanpa sebarang basis atau sandaran dalil.

3.       MENGELIRUKAN; Protokol sumpah tersebut dilaksanakan secara sangat mengelirukan dan ada juga yang kurang tepat, ini kerana bersumpah sambil memegang al-Quran bukanlah satu keperluan. Nabi bersabda :-
فمن كان حالفاً فليحلف بالله أو ليصمت
Ertinya : Barangsiapa yang ingin bersumpah, hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah atau (jika tidak), hendaklah dia diam sahaja (tidak bersumpah) (Riwayat Al-Bukhari)

Melakukannya di dalam masjid adalah HARUS menurut mazhab Hanafi dan Hanbali berdasarkan hadis nabi bahawa pernah kes kehakiman dan pertelingkahan serta sumpah laknat antara suami isteri dijalankan di masjid pada zaman Nabi s.a.w. ( rujuk Fath Al-Bari, 3/133 ; Syarah sohih Muslim An-Nawawi, 1/121 ).

Bagaimanapun mazhab Syafie menganggap melakukan urusan sumpah dan perbincangan pertikaian hak serta tuduh menuduh di dalam masjid adalah MAKRUH. (Fath al-Aziz, Al-Rafi’e, 8/165 ; Al-Muhazzab, Al-Shirazi, 2/293)

Apapun, kita tidak mahu, kaedah dan cara khususnya memegang Al-Quran ketika bersumpah dan dibuat di dalam masjid sedang telah wujud mahkamah, menjadi syarat dan kebiasaan masyarakat kita, hingga disalahfahami oleh ramai sehingga merasakan ia adalah kaedah dan cara sebenar pelaksanaan sumpah li’an. Sumpah laknat yang sebenarnya, perlu dilakukan di dalam proses mahkamah dengan empat kali, DIIKUTI yang kelima sumpah laknat dan IA TIDAK untuk tontonan dan sebaran awam.

4.       Sumpah mubahalah juga tidak perlu dan tidak terpakai, kerana sumpah mubahalah memerlukan kedua-dua belah pihak untuk bertemu dan sama-sama bersetuju.


WALAUPUN BEGITU, SUMPAH BIASA MASIH SAH

Pun begitu, sumpah yang dikira terpakai dan sah dalam kes yang dirujuk adalah hanya sumpah biasa, bukan sumpah laknat. Sumpah biasa boleh dianggap sah apabila dimulakan dengan lafaz “wabillahi, wattallahi” atau salah satu antara lafaz tersebut juga sudah mencukupi.

Namun SUMPAH BIASA ini sepatutnya hanya dilakukan sesudahkan ‘bayyinah’ atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukan di mahkamah. Apakah bayyinah ini?

KEPERLUAN 'BAYYINAH' SEBELUM BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH

Di dalam Islam, setiap individu adalah dianggap TIDAK BERSALAH selagi belum dibuktikan bersalah.  Prinsip ini datang dari pelbagai dalil dan disimpulkan oleh para ulama dalam kaedah dan dalil berikut :-

Hadis Nabi :-

لو يعطى الناس بدعواهم؛ لادعى رجال أموال قوم ودماءهم، ولكن البينة على المدعي، واليمين على من أنكر

Ertinya : Kalaulah diberikan (kebebasan) kepada manusia untuk mendakwa; nescaya akan akan individu yang mendakwa milikya harta satu kaum yang lain dan darah mereka, oleh itu (dalam Islam), Pembuktian menjadi tanggungjawab pertama ke atas pendakwa, dan (apabila telah sabit bukti), sumpah menolak adalah bagi mereka yang mengingkari (bukti tadi). ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Kaedah Fiqh :
الأصل برآءة الذمة
Ertinya : Hukum asal (bagi semua individu) adalah bebas dirinya dari tanggungan.

Dan satu lagi kaedahnya :
اليقين لا يزول بالشك
Ertinya : Yakin ( iaitu asal semua individu sebagai tidak bersalah), tidak akan dapat dihilangkan oleh bukti-bukti yang bertaraf syak.

Juga satu prinsip yang berbunyi
ان الشك يفسر لمصلحة المتهم
Ertinya : Sesungguhnya sebarang keraguan ( tidak kukuh bukti dakwaan), akan ditafsirkan sebagai menyebelahi pihak tertuduh (untuk membuktikannya tidak bersalah)

Berkata Az-Zubaydi
قاعدة أصولية مفادها أن الأصل براءة ذمة المكلف عن التكليف المشكوك
Ertinya : Kaedah di atas adalah kaedah usul yang kandungannya menyatakan bahawa asal bagi semua individu yang mukallaf adalah bebas dari dakwaan & tuduhan yang diragukan. (Az-Zubaydi,  Taj Al-Urus)

AL-BAYYINAH yang disebut di dalam hadis nabi di atas AMAT diperlukan bagi mewajibkan sumpah ingkar dan bantah dari tertuduh, tanpanya, sumpah tertuduh TIDAK WAJIB sama sekali.

Imam Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni (10/139) dan para ulama menjelaskan ringkasan bahawa untuk mendapatkan bayyinah, ia bergantung kepada kes yang dibawa seperti berikut :

1. Zina dan liwat
Syarat untuk penuhi bayyinah : Empat saksi adil atau pengakuan pelaku.
2. Hukum hudud yang lain seperti bunuh, qazaf, murtad dan lainnya.
Syarat untuk penuhi bayyinah : saksi dua lelaki adil dan sumpah dibenarkan.
3. Jual beli, dan lain-lain pertikaian melibatkan isu harta dan pemilikan kewangan
Syarat untuk penuhi bayyinah : dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua orang wanita ( sebagaimana disebut di dalam Al-Quran) dan sumpah dibenarkan.
4. Penyusuan, kelahiran, dara dan tamat iddah
Syarat untuk penuhi bayyinah : Seorang wanita yang adil.
Justeru, perlu ditegaskan dalam hal zina dan liwat, bagi menganggap bersalah, salah satu antara dua cara ini mestilah menjadi jalannya, iaitu :-

  • IQRAR ATAU PENGAKUAN SUKARELA secara insaf oleh pelaku bahwa dia melakukan sesuatu kesalahan itu, sama ada mencuri, berzina, liwat, membunuh dan sebagainya. Sebagaimana yang dilakukan oleh pemuda bernama Ma’iz bin Malik Al-Aslami di zaman Nabi Muhammad s.a.w

  • EMPAT SAKSI LELAKI YANG ADIL; Khusus bagi kes zina dan liwat, sesiapa yang menuduh mestilah membawakan empat orang saksi yang adil lelaki bagi mensabitkan kesalahan pada hukum Islam. Selagi tiada saksi sebegitu, kes MASIH BOLEH diadili tetapi IA BUKAN LAGI TERMASUK DALAM KES HUDUD BAGI SI TERTUDUH. Manakala yang menuduh tanpa empat saksi pula BAKAL DISABITKAN KESALAHAN QAZAF, penuduh hanya boleh terselamat dari hukuman qazaf (yang perlu dilaksanakan di dunia, jika tiada, hukumannya menanti di akhirat amat berat) apabila membawakan 4 saksi seperti di atas atau membawa kes tanpa 4 saksi secara senyap dan tertutup untuk perbicaraan di mahkamah. Di sana, hakim mahkamah akan menyemak semua bukti-bukti tambahan sama ada video, DNA, gambar dan sebagainya untuk beliau menjatuhkan sebarang keputusan di bawah peruntukan ta’zir.

LEPAS ‘BAYYINAH’, BARU KITA NANTIKAN BANTAHAN

Kerana asal setiap indiivdu TIDAK BERSALAH sehingga dibuktikan sebaliknya, setelah bayyinah dipersembahkan, barulah tindakan menjawab bayyinah perlu dilakukan oleh tertuduh.

Bantahan dan keingkaran hanya diperlukan apabila pihak pendakwa berjaya membawakan bukti yang sah dan diterima oleh pihak qadhi atau hakim. Pihak hakim pula perlu memberikan masa yang sesuai untuk tertuduh membela diri. Namun tertuduh tidak boleh sengaja senyap sunyi tanpa membawakan hujjah balas, bantahan dan ingkaran terhadap bukti yang dibawa. ( Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 16/63; As-Syarh Al-Kabir, Ad-Dardir, 4/151)

BAGI KES DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI)
Melihat perkembangan dalam kes DSAI, menurut pandangan Fiqh Islam tanpa campur tangan politik kepartian adalah seperti berikut :-
a. DSAI TIDAK WAJIB membalas dengan bersumpah bersihnya diri beliau kerana sumpah laknat yang dijalankan itu tidak sah.
b. DSAI juga TIDAK WAJIB menjawab atau respon kepada sumpah laknat yang dilakukan kerana ‘bayyinah’ belum dikemukan oleh pendakwa.
c. NAMUN, sumpah yang dilakukan dengan nama Allah dengan lafaz yang betul ( wabillah, wattallah) oleh Dato’ Eskay adalah sah di sisi hukum Islam. Sama ada sumpah itu datang dari fakta yang benar atau tidak, tiadalah kita perlu menolaknya secara mutlaq. Namun umat ISLAM masih TETAP TIDAK BOLEH MEMPERCAYAINYA kerana ia tidak dilakukan di dalam proses kehakiman mahkamah dan ia juga tidak menyeratkan saksi empat orang yang adil. Sesiapa yang menyebarkan tuduhan zina itu akan tertanggung ke atasnya hukuman qazaf, yang walaupun tidak dilaksana di dunia, bakal amat menyusahkan di akhirat.
d. Jika individu yang dituduh adalah orang kebanyakan yang TIDAK DIKENAL OLEH RAMAI, PASTINYA SUMPAH YANG DITUJUKAN KEPADANYA TIDAK PERLU DILAYAN SAMA SEKALI. Kerana itu semua tidak memberi kesan kepada keputusan hakim di dunia dan Allah. Itulah hokum asal dalam kes seperti ini.
e. NAMUN, hukum asal boleh berubah mengikut zaman dan situasi sehingga menghasilkan hukum pengecualian tertentu. Sebagaimana Rasulullah pernah membatalkan hasratnya untuk mengubah bentuk Ka''bah kepada asas yang didirikan oleh Nabi Ismail a.s disebabkan desakan keadaan masyarakat, iaitu kejahilan mereka, masih barunya dengan Islam dan belum bersedia untuk Ka’abah diperlakukan sedemikian. Rasulullah bersabda kepada Aisyah:
لو لا أن قومك حديثو عهد بشرك لبنيت الكعبة على قواعد إبراهيم
Ertinya : Sekiranya tidaklah kaummu itu baru-baru sahaja (keluar) dari zaman syirik (menyembah berhala) nescaya sudah tentu akan ku bina semula Kaabah di atas binaan asal nabi Ibrahim ( Al-Bukhari & Muslim)

JUSTERU, MENURUT PANDANGAN PERIBADI SAYA, disebabkan DSAI adalah seorang pimpinan politik tanahair yang besar, menggalas beban tanggungjawab gerakan perjuangan politik yang besar, dicampur dek kejahilan majoriti umat Islam dalam persekitaran Malaysia serta momokan media yang sentiasa memburukan lagi suasana, saya cenderung kepada DSAI PERLU BERSUMPAH BIASA SAHAJA dengan NAMA ALLAH MENAFIKAN BELIAU ADALAH INDIVIDU DI DALAM VIDEO SEKS YANG DIDAKWA, itu penting untuk menangkis sangka buruk masyarakat yang kurang kefahaman serta kurang pula ilmu, bukan hanya terbeban ke atas dirinya selaku individu tertuduh, malah menjadi beban terhadap kepada seluruh ahli gerakan pakatan rakyat yang bersamanya serta masyarakat Malaysia lain yang melihatnya sebagai ketua pembangkang. yang terlibat dalam membentuk  minda dan masa hadapan masyarakat Malaysia. Sebagaimana pertimbangan dalam bab Maqasid Shariah menyatakan :-
درء المفاسد مقدم على جلب المصالح
Ertinya : Menolak keburukan didahulukan dari tindakan mensasarkan membawa kebaikan
Justeru, pada hemat saya, jika DSAI bersumpah dengan nama Allah, paling kurang ia mampu menyelamatkan keburukan yang lebih besar dalam masyarakat seperti bertambahnya individu yang di hukum qazaf di sisi hukum Islam, semakin melemahkan keyakinan terhadap gerakan Pakatan Rakyat di samping mampu meleraikan syak wasangka rakyat ‘atas pagar’.
Walau apa jua keputusan mahkamah, itu adalah suatu isu terasing dan boleh dihujjah atas lain-lain platform dan politik. Namun untuk membiarkan sumpah dengan nama Allah iu dibiar beredar di dalam masyarakat tanpa sebarang respon, bagi saya mudaratnya lebih besar, tanpa menafikan melayaninya dengan melakukan sumpah juga ada mudaratnya.
KESIMPULAN
Saya sedar, ahli politik yang melingkungi DSAI pastinya mempunyai pandangan pelbagai, memikirkan strategi, maruah yang mungkin dirasakan jatuh kerana seolah telah berjaya dipaksa untuk turut bersumpah dan sebagainya. Namun tulisan saya ini, benar-benar dari rasa hati sebagai seorang yang neutral, ahli akademik yang melihat perkembangan isu-isu semasa.
1. Saya berasa amat senang sekali selaku rakyat Malaysia jika DSAI boleh menyahut cabaran sumpah biasa tadi, tiada sebarang malu ditanggung walau terpaksa melakukan itu.
2. Perkara kedua, kita tidak mahu umat Islam mengambil cara bersumpah ini apabila sahaja ingin mendakwa sesuatu, kerana ia bukanlah cara yang betul dalam masyarakat Islam yang sepatutnya bediri di atas sifat kekuatan amanah dan jatidiri, tiada memerlukan kepada sumpah untuk menagih kepercayaan dan keyakinan.
Bahkan, kita bimbang teknik ini bakal digunakan oleh ramai penipu di luar sana untuk bersumpah bagi mendapatkan perhatian dan mencuri hak orang lain serta mengaibkan. Dari tiga jenis sumpah di dalam Fiqh Islam, sumpah dari penipu dan pencuri ini dinamakan ‘al-Yamin al-Ghamus’. Ditanya kepada Nabi apakah ‘Al-Yamin Al-Ghamus’ itu, baginda menjawab :
وما اليمين الغموس ؟ قال : الذي يقتطع مال امرئٍ مسلم هو فيها كاذب
Ertinya : Orang yang mengambil harta (hak, termasuk maruah dengan mengaibkan melalui qazaf) orang Islam lain (melalui sumpah) sedangkan dia adalah pembohong ( Riwayat Al-Bukhari)
Imam Az-Zahabi, Ibn Hajar Al-Asqalani  menghuraikan sumpah dari pendusta (yamin ghamus) ini merupakan salah satu dari dosa besar. Ghamus ertinya tenggelam dan Imam An-Nawawi menyatakan dalam 'Tahzib Al-Asma wa al-Lughaat', sumpah tersebut dinamakan ghamus kerana penyumpah tenggelam dalam dosa dan bakal ditenggelamkan di dalam neraka Allah di akhirat kelak. Di dalam Al-Quran, pendusta bersumpah dan menagih habuan dunia ini disebutkan sebagai:
إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Ertinya : Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih (Al-Imran : 77).
Justeru, penyumpah dusta ini perlu segera bertaubat dan jika ia telah mengambil hak orang lain melalui sumpahnya, WAJIBlah atasnya untuk memulangkannya.
3. Bagi orang ramai, semua perlu memahami bahawa isu maruah dan tuduhan sebegini WAJIB hanya dibicarakan di dalam Mahkamah Islam dan bukan di khalayak. Apabila, di sebabkan rosaknya system nilai dalam masyarakat, lalu ini dibicarakan terbuka di media dan kahalayak awam, semua individu mestilah memahami semua HAKIM TIDAK BOLEH menghakimi sesuatu isu secara emosi, takut itu dan ini, sakit, sedih, dukcaita, ngantuk, lapar, dahaga dan semua asbab luaran yang menganggu penilaian seorang hakim yang berkelayakan. Nabi memberi amaran :
لا يقضين حكم بين اثنين وهو غضبان
Ertinya : Tidak boleh se0rang hakim memberi keputusan terhadap dua orang ( yang dibicarakan) sedang dia dalam keadaan marah ( terhadap salah seorang atau sebab lain). ( Riwayat Al-Bukhari)

Para ulama sepakat menyatakan hadis di atas bukan hanya TERHAD kepada ‘marah’ tapi merangkumi semua emosi-emosi luaran yang menganggu seperti disebut di atas. (Al-Mabsut, Al-Sarakahsi, 16/78 ; Al-Minhaj wa nihayatul Muhtaj, 8/94 )

Kini malangnya, isu ini seolah dibicarakan di pentas awam, dipenuhi oleh manusia yang tiada kelayakan asas sebagai hakim, sering pula terpukau dengan emosi dan kepentingan masing-masing. Ia amat tidak adil kepada kedua-dua pihak. Justeru, nasihat ikhlas saya, wahai umat Islam jauhilah menentukan pendirian dan meletakkan keyakinan dalam isu berat sebegini, kerana anda tidak punyai basis yang diharuskan Islam untuk berbuat demikian.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
2 Mei 2011 

02 May 2011

Update Rionix Sharing

 4 MADU [2010]

 8MM [1999]
(Nicolas Cage)

 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 [2011]

 Cinta [2006]

 Ghost Ship [2002]

 Leaving Las Vegas [1995]
(Nicolas Cage)

Sherlock Holmes [2009]
(Robert Downey Jr)

Shrek 4 - Forever After [2010]

01 May 2011

Bersumpah

Mubahalah
Archived in the category: Temubual
Posted by admin on 24 Aug 08 -

PERISTIWA mubahalah atau sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini adalah sesuatu yang baru kepada umat Islam di Malaysia. Menurut tokoh agama, Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi Othman, beliau tidak pernah mendengar sumpah laknat dilakukan di negara ini.

Dalam temu bual dengan wartawan ZULKEFLI HAMZAH, AZMAN ANUAR dan ROKIAH ABDULLAH di pejabatnya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang Jumaat lalu, Dr. Mohd. Radzi menghuraikan secara terperinci mengenai mubahalah.

Pensyarah Jabatan Pengajian Islam itu telah 23 tahun berkhidmat di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin.

Berusia 57 tahun, Dr. Mohd. Radzi pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang selama 11 tahun. Sejak 23 tahun lalu, beliau ialah ahli Majlis Fatwa Perlis selain menjadi penasihat syariah Bank Rakyat.
Beliau juga menulis buku dalam bahasa Arab mengenai sejarah sahabat Nabi dan gerakan pembaharuan dalam Islam.

Dalam temu bual selama lebih satu jam itu, Dr. Mohd. Radzi menyifatkan sumpah laknat sebagai perkara serius kerana ia melibatkan maruah seseorang penganut Islam dan ia boleh membawa kepada pelbagai reaksi daripada masyarakat yang pelbagai pengetahuan dan latar belakang.

Katanya: “Tanggapan yang diberi pula datang dalam pelbagai bentuk. Saya khuatir perkara ini boleh membawa kekeliruan, perpecahan dan kekecohan kepada umat Islam. Penyelesaian secara mubahalah sesuatu yang jarang berlaku. Ia satu sejarah pada umat Islam di Malaysia.”

MINGGUAN: Apakah kedudukan sumpah dalam Islam dan adakah sumpah pernah menjadi isu besar dalam sejarah Islam?

DR. MOHD. RADZI: Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada dalam mahkamah kalau kes dibawa ke mahkamah atau jika diminta bersumpah ataupun dibuat di luar mahkamah sesama orang Islam. Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. Jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekali pun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa.

Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua

Sumpah ini ada kategori tertentu atau hanya bagi menentukan kebenaran kes-kes jenayah?

DR. MOHD. RADZI: Tidak hanya dalam kes jenayah, dalam isu pertikaian harta benda pun boleh bersumpah. Sumpah juga boleh dibuat untuk menentukan kebenaran kes-kes peribadi.

Bagaimanakah cara bersumpah yang sah dan betul?

DR. MOHD RADZI: Bersumpah dengan menyebut nama Allah. Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi. Ini lafaz-lafaz sumpah. Lafaz ini hanya digunakan pada perkara-perkara untuk mengukuhkan kebenaran dan dakwaan supaya pihak kedua boleh menerimanya.

Sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini, apakah kedududkannya dalam Islam?

DR. MOHD. RADZI: Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu. Tapi perkara ini jarang berlaku.

Sumpah laknat disebut dalam al-Quran?

DR. MOHD. RADZI: Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.

Latar belakang turunnya ayat itu ialah ada satu kabilah Nasara, Bani Najran, di selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad. Mereka ingin mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam melalui Nabi Muhammad. Nabi Muhammad meminta mereka membayar jizyah. Dalam pertemuan itu, mereka enggan membayar jizyah sebaliknya mereka mencabar untuk bermubahalah.

Tetapi akhirnya mubahalah tidak berlaku kerana kabilah Nasara bersetuju membayar jizyah tanpa melakukan sumpah mubahalah. Orang Nasara itu takut melakukan mubahalah kerana merasakan Nabi Muhammad berada di pihak yang betul manakala mereka tidak betul. Hasilnya mereka terpaksa menanggung akibat buruk. Akibat itu bukan sahaja menimpa mereka tetapi turut dilaknat sehingga ke anak cucu. Justeru, kabilah Nasara membuat keputusan untuk menerima sahaja permintaan Nabi.

Akibat buruk dalam sumpah mubahalah, adakah ia memang janji Tuhan atau hanya sumpah manusia?

DR. MOHD. RADZI: Ia memang janji Tuhan. Melalui Ayat 61 Surah al-Imran itu juga pada perenggan yang terakhir, dinyatakan “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”

Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar.

Balasan buruk yang Tuhan janjikan itu, adakah kita boleh melihatnya?

DR. MOHD. RADZI: Daripada kes-kes sumpah yang berlaku, ulama-ulama hadis ada merakamkan beberapa kes. Kata Ibn Hajjar, akibatnya tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada. Namun di kalangan pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah dilafazkan hanya pada kes-kes yang serius dan pada kes-kes yang besar sahaja. Itu pun selepas dirujuk dengan pelbagai cara lain yang perlu diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dua pihak tadi. Jika ia masih tidak selesai, akhirnya barulah dirujuk kepada cara mubahalah.

Dalam sejarah Syiah, pengikut Syiah banyak merujuk kepada cara mubahalah. Mereka memang lebih suka cara mubahalah.

Bolehkah diberikan contoh-contoh mubahalah yang dilakukan oleh orang Syiah?

DR. MOHD. RADZI: Berdasarkan satu catatan dalam laman web Syiah, terdapat beberapa kes mubahalah yang berlaku pada zaman Jaafar al-Sadiq. Orang Syiah bermubahalah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada waktu itu. Ketika itu mereka melakukan mubahalah dengan meletakkan jari-jari kedua belah tangan secara berselang seli antara satu sama lain dan kemudian berkata, “Ya Allah, andai kata si polan ini engkar kebenaran dan menerima kebatilan, maka kenakanlah dia dengan balasan daripada langit atau azab daripada engkau, ya Allah, dan melaknatnya sebanyak 70 kali.”

Mubahalah itu dilakukan pada waktu subuh iaitu ketika antara naik fajar hingga naik matahari. Orang Syiah memang biasa dan kerap bermubahalah. Cuma bagi kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah jarang-jarang berlaku. Apabila wujud kes-kes pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara lain, baru mubahalah digunakan. Sumpah itu jarang digunakan kerana ia mengakibatkan perkara buruk yang boleh menimpa pihak-pihak yang berkenaan.

Adakah pernah berlaku kes mubahalah dalam sejarah masyarakat Islam di Malaysia?

DR. MOHD. RADZI: Sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah dengar ia berlaku di Malaysia.

Sumpah laknat atau mubahalah yang dilakukan pada 15 Ogos lalu, apakah balasan-balasan yang boleh berlaku?

DR. MOHD. RADZI: Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.

Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta.

Adakah sumpah mubahalah ini sama dengan hukum li‘an yang dinyatakan dalam Ayat 6-10 Surah An Nur?

DR. MOHD. RADZI: Li‘an hanya boleh berlaku di antara suami isteri sahaja iaitu seseorang suami yang bersumpah untuk tidak mendekati isterinya dalam tempoh tertentu manakala mubahalah pula memang ada unsur sumpahan dan ia boleh berlaku di kalangan suami isteri atau sesiapa sahaja.

Apakah cara bermubahalah yang paling tepat?

DR. MOHD. RADZI: Mubahalah tidak tertakluk kepada banyak syarat kerana dalam nas-nas syarak tidak dinyatakan dengan jelas syarat-syarat yang diperlukan. Cuma mubahalah ini boleh dilakukan ekoran daripada perbalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa melalui perbincangan dan persefahaman. Caranya boleh berlaku di mahkamah di depan hakim jika kes dibawa ke mahkamah. Ia juga boleh dilakukan di luar mahkamah bahkan di mana-mana sahaja. Pada zaman Abdullah Ibn Abbas Al-Auzar dan Syuraih Al-Qa‘di, mubahalah pernah berlaku di dalam masjid dan di luar masjid selepas kesepakatan kedua-dua pihak untuk sama-sama merujuk kepada pendekatan mubahalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Apakah syarat-syarat khusus mubahalah?

DR. MOHD. RADZI: Apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk bermubahalah maka pihak yang berkenaan perlu bersumpah dengan lafaz Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi dan kemudian terus menyebut masalah yang dimaksudkan dan pada akhirnya dengan menyatakan laknat Allah kepada mereka yang berdusta atau laknat Allah terhadap dia yang bersumpah andai kata dia berdusta.

Adakah ada syarat-syarat tertentu yang lain?

DR. MOHD. RADZI: Tidak ada syarat tertentu, tapi ketika Nabi Muhammad mahu bermubahalah dengan kabilah Nasara, Bani Najran, baginda membawa anaknya, Siti Khadijah, menantunya Saidina Ali serta cucunya Hasan dan Husin sebagai saksi.

Bagaimanapun, kes pada zaman Rasulullah itu tidak berakhir dengan mubahalah. Ketika mubahalah, kedua-dua pihak boleh hadir secara bersama ataupun satu pihak sahaja manakala pihak yang lagi satu yang melakukan mubahalah secara berasingan juga dianggap mubahalah.

Dalam sesuatu isu yang dipertikaikan, kalau satu pihak sahaja bersumpah laknat manakala pihak yang dituduh tidak mahu bersumpah, apakah kedudukan mubahalah itu?

DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sebegitu di mana ada pihak yang engkar iaitu tidak mahu bersumpah, kebenaran memihak kepada pihak yang bersumpah.

Kalau kedua-dua yang menuduh dan dituduh bersumpah laknat, apa pula kedudukannya?

DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sumpah laknat, kita akan dapat lihat petanda-petanda awal yang boleh membawa kepada kebatilan. Sumber-sumber agama tidak menyebut secara jelas tentang petanda-petanda yang berkenaan kerana perkara seumpama itu jarang berlaku di kalangan kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah dan ia tidak diperbesar-besarkan. Bagaimanapun, ulama-ulama Syiah mencatatkan bahawa tidak lama selepas mubahalah berlaku kejadian seperti orang yang berdusta tidak boleh bercakap, cakapnya tidak lancar, tergamam, terjatuh dan bermacam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui.
Apa yang penting ialah pihak berkenaan telah bersumpah dan yang kedua pula menyahut cabaran itu dengan bersumpah, jadi kita tengoklah di antara kedua belah pihak itu apa yang akan berlaku. Ulama Ibn Hajar Al Salam as Qualani pernah berkata, pada pengetahuannya, akibat sumpah akan dapat dilihat tidak lebih daripada satu tahun.

Bagaimana pula jika kes yang dipertikaikan itu dibawa ke mahkamah?

DR. MOHD. RADZI: Bagi kes yang dibawa ke mahkamah, mubahalah boleh berlaku di mahkamah andai kata pihak mahkamah merasakan pihak yang terbabit perlu bermuhabalah. Tujuan mubahalah adalah untuk mencari kebenaran. Antara dua pihak yang terlibat, walau apa pun yang diperkatakan, mereka sudah tentu lebih mengetahui perkara sebenar daripada mana-mana pihak yang lain. Kekeliruan mungkin berlaku apabila salah seorang enggan bercakap benar, menyebabkan pihak yang merasakan dia berada di pihak yang benar inginkan pembelaan. Maka mubahalah menjadi jalan penyelesaian yang terbaik.

Adakah mubahalah adalah sebahagian daripada hukum Islam?

DR. MOHD. RADZI: Mubahalah adalah sebahagian daripada hukum hakam Islam untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bukan sahaja untuk Islam sesama Islam tetapi juga antara orang Islam dan pihak bukan Islam. Ia boleh dibuat dalam mahkamah dan boleh juga di luar mahkamah bergantung kepada persetujuan antara kedua belah.

Dalam mubahalah yang baru berlaku, timbul isu mubahalah telah dieksploitasi oleh pihak lain?

DR. MOHD. RADZI: Isu dieksplotasi, itu perkara lain. Yang penting, mubahalah adalah untuk menyelesaikan masalah.

Dalam satu kes mubahalah pada 15 Ogos lalu, timbul persoalan kononnya cara orang yang bersumpah laknat memegang al-Quran macam perbuatan orang Kristian. Apakah haram memegang al-Quran ketika bersumpah?

DR. MOHD. RADZI: Memang dalam kes mubahalah atau sumpah biasa tidak diperlukan memegang al-Quran atau junjung al-Quran ketika bersumpah atau bermubahalah. Akan tetapi jika ada yang berbuat demikian tak adalah boleh disamakan dengan amalan orang Kristian.Bersumpah atau bermuhabalah mengikut hukum syarak, seseorang yang bersumpah hanya bersumpah dengan nama Allah tidak boleh selain daripada Allah. Begitu juga mubahalah, hanya bersumpah dengan nama Allah dan juga melaknat pihak yang berdusta.

Apakah cara sumpah laknat yang betul?

DR. MOHD. RADZI: Cukup dengan hanya lafaz sumpah Waallahi, Wabillahi dan Watallahi dan ditambah pengakuan ‘Aku melakukan perbuatan atau aku tidak melakukan perbuatan yang dituduh itu’. Itu sudah cukup.

Dalam kes mubahalah, seseorang kena tambah ungkapan laknat Allah terhadap orang yang berdusta termasuk dirinya yang bersumpah andai kata dia berdusta.

Source :
Dr Radzi
Utusan

Sebarang persoalan/kekeliruan boleh rujuk sumber asal. Temubual tu da lama, tahun 2008.
Kalau ada salah/silap, saya minta maaf.
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Blog Exchange