Welcome to my blog..

Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.

my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html

buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html

How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html
Showing posts with label Picture Story. Show all posts
Showing posts with label Picture Story. Show all posts

03 April 2011

Dynamic view (Paparan dinamik)

Blogspot memperkenalkan Dynamic view (paparan dinamik) untuk blog anda. Caranya, anda cuma perlu menambah "/view" ke alamat blog anda. Contoh : abc.blogspot.com/view
Terdapat beberapa jenis paparan seperti Sidebar, Flipcard, Mosaic, Snapshot dan Timeslide.

 
 paparan sidebar

Dynamic view berfungsi di pelayar versi baru seperti Internet Explorer 8+, Firefox 3.5+, Chrome atau Safari. Bagi pelayar versi lama, berkemungkinan dynamic view tidak akan berfungsi dengan baik.

Kelebihan dynamic view ini ialah paparan lebih menarik, lebih pantas, susunan yang kemas, dan memudahkan pelawat untuk mencari entri-entri lama.

paparan Flipcard


Kekurangannya, fungsi ini hanya terdapat isi/entri blog anda dan tidak mempunyai elemen2 tambahan lain di blog anda seperti chatbox dan lain2.

Paparan sidebar juga tidak mempunyai scroll bar menyebabkan anda terpaksa menggunakan butang scroll pada tetikus. Ianya agak munyulitkan jika blog anda mempunyai banyak entri.
Ianya juga tidak terdapat fungsi komen.


paparan Mosaic

Ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi, seperti, blog anda perlu umum (public),  fully enabled feeds, dan enable dynamic view di Setting | Formatting. Syarat2 ini rasanya default. Jika syarat ini tidak lengkap, kemungkinan pelawat blog anda tidak dapat mengakses dynamic view blog anda, sebaliknya akan redirect ke blog asal anda.

http://rionix88.blogspot.com/view/
 
paparan Snapshot

paparan Timeslide

Untuk maklumat lanjut,sila ke pusat bantuan Blogger.

Ayat2 saya sangat skima bukan? Sebenarnya saya sedang berpraktis mengtranslate bahasa inggelish dan juga menulis review.
~rionix.

01 March 2011

Menconteng lagi

Pakai photoshop. tangan aku yg kaku ni mestilah lukisan akan jadik x cantek.
lalala~

27 February 2011

Too many tabs


Too much information can be a problem.


Aku ada satu perangai ni kan.. suka bukak tabs banyak2 kan..
Yela kan.. kalo nak wat projek kan, esaimen dan lain2..
Kan dah kena mintak tolong abang google kan.. pastu tak tau mana satu yang berkenan di hati kan..? So ak terpaksa la bkk sume search result yg kuar tu la kan. So kalu sekali search dah tentu kuar doploh new tab kurang2 la kan.



Tapi yang jadi problemo ni kan bila tutup browser aku akan save tab. Masalahnya bila aku nak bukak browser tu akan jadi "WAAarg LAMbat!!~"
Ye la kan nak loading sume tabs tu.. Ohh leceh..

Nasib baik ada Folder bookmark. Ianya satu manfaat yang besar utk org2 macam aku ni. Boleh la aku taruk link2 sume tu dalam satu folder. Malangnya satu folder masih tak cukup.. Tengok la sndri baper folder bookmark ak kt dlm tu.. huhuh. Aper lagi solution yang boleh buat niehhh...

Kesimpulannya jangan la ikut perangai bukak tabs banyak2 macam aku. Bersepahhh nanti.

~ Kala ini sedang melawat blog2 orang ramai yang terselit diantara tabs2 yang banyak tu.

31 December 2010

Google Beatbox


Wah2.. google translate da jadi beatbox..

Pilih translate german ke german, dan paste ni

bsch pv zk pv pv pvzs zk pv zk kz zk pv bsch pv pv zk pv zk bsch zk pzk pzk pvzkpkzvpvzk kkkkkk bsh

Klik button beatbox tu dan.. Tadaaa~

30 December 2010

Tahniah untuk Malaysia

JAKARTA – Sejarah tercipta di bumi Stadium Gelora Bung Karno, buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Suzuki AFF 2010 apabila Malaysia menjadi juara walaupun tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan akhir kedua untuk meraih kemenangan melalui agregat 4-2, semalam.

Bertambah manis anak didik K. Rajagobal berjaya melakukannya di hadapan 95,000 penyokong fanatik Indonesia yang terpaksa menelan kepahitan bahawa Malaysia lebih berhak merangkul kejuaraan edisi kelapan Piala Suzuki.

Ternyata bekalan 3-0 yang dibawa dari Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu cukup membantu kerana gol di tempat lawan yang dijaringkan oleh Safee Sali menjadi faktor penting mematahkan api perjuangan Indonesia yang mahu mencipta jaringan pendahuluan.

Bukan sekadar itu, penyerang negara, Safee Sali dinobatkan selaku penjaring terbanyak kejohanan Piala Suzuki AFF 2010 dengan lima gol mengatasi pesaing terdekat, Cristian Gonzales.

Gol tunggal Malaysia dalam perlawanan ini diilhamkan daripada gerakan pantas Mohd. Ashari Samsudin ketika Indonesia rancak menyerang dan pemain Terengganu itu melakukan hantaran jauh yang disambut dengan baik oleh Safee Sali.

Safee dengan tenang mengawal bola sebelum mendapat posisi terbaik melepaskan rembatan kencang melalui kaki kiri menewaskan Markus Harison untuk memberikan gol penting di tempat lawan.

Biarpun Indonesia dengan mendapatkan dua jaringan pada minit ke-71 melalui Mohamad Nasuha dan Muhammad Ridwan pada minit ke-87, ia sudah terlewat buat skuad Garuda bangkit mengatasi Malaysia yang menang dengan kelebihan agregat 4-2.

Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat wajar diberikan pujian menggunung kerana beraksi cemerlang menghalang hajat Indonesia memburu gol yang lebih besar termasuk menyelamatkan sepakan penalti pada minit ke-18 yang diambil oleh Firma Utina.

Walaupun pertahanan negara yang dikemudi oleh Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Fadhli Shas bocor sebanyak dua kali, ketenangan dan kesungguhan semangat juang pemain Malaysia bertahan jelas menjadi kunci utama kejayaan bersejarah Malaysia.

Apa yang penting, kejayaan merangkul Piala Suzuki AFF akan menutup mulut media dan peminat Indonesia yang tidak henti-henti melancarkan provokasi semenjak hari pertama skuad Malaysia tiba di Jakarta.

Malahan, sebelum perlawanan, mental pemain Malaysia didera habis-habisan oleh penyokong tuan rumah yang menyebut perkataan Maling! Maling! dan membuat bising semasa lagu kebangsaan Malaysia dimainkan.

Bertambah pahit buat pihak Indonesia, ini merupakan kegagalan kali keempat buat Indonesia selepas empat kali mencuba di pentas final.

Selain membawa pulang trofi AFF, Malaysia meraih wang tunai sebanyak A$$100,000 sementara Indonesia mendapat A$$ 50,000.

Pemain terbaik kejohanan Piala Suzuki AFF dirangkul kapten Indonesia, Firman Utina. – Utusan



Pemain Malaysia, Safee Sali (kanan) meraikan bersama rakan sepasukan, S. Kunanlan (tengah) dan Safiq Rahim selepas menjaringkan gol sewaktu menentang Indonesia pada perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta, malam tadi. – REUTERS

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1230&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm

14 November 2010

Islamic Fashion Festival (IFF)

Islamic Fashion Festival (IFF) yang berlangsung di monaco baru-baru ini mencetuskan kontroversi kerana beberapa model yang berpakaian tidak menutup aurat dan menghina Islam...kalau dilihat dalam facebook pun ade group Rosmah sila minta maaf kepada umat Islam...kepada pihak penganjur, sila ambil perhatian tentang festival ni dengan lebih detail...Kalau nak menunjukkan budaya Islam, jangan la sambil lewa aja sehinggakan fesyen begini dibiarkan diperaga...Baik buang je perkataan Islamic tu, biar jadi Fashion Festival aje...

Click readmore utk lihat gambar lain2...

Pemakaian sebegini yang separuh telanjang menjatuhkan martabat ISLAM...Identiti ISLAM tercemar seandainya perkara ini dibiarkan sahaja...






Pada bahagian baju peragawati tersebut, ada corak tulisan muhammad secara terbalik...ini secara terang dah menghina Islam..ditambah lagi dengan pakaian mereka yang tidak menutup aurat..

__________________________________________________



entri atas line ni wa men petik2 jek. gamba atas tu wa tak pasti plak katne. tp islamic fashion festival lah. islamik acik kau spin!

kat mesia pun bersepah2 gak.


pakaian terbonjol, tertonjol, terjojol bai.
tu festival kt mesia. nama die tutup aurat ke tonjol aurat ntah.

pasal gamba yg ada kalimah muhammad tu jgn trus fire bn. check dlu. bkn bn yg design baju tu. tapi diorang da buatkan islam nampak selekeh gila babi bila kt mesia nyer IFF pun model bersepah tonjol aurat. so... ah.. kutuk jelah bn tu.

waklu!

eh. klu de silap2 dlm entri ni tlg btulkan yek.
wallahualam.

16 October 2010

Tikam belakang


Ni aku memang tak berapa paham tujuan makhluk jenis tu wat mende2 camtu.
Apa yg diorang nak kejar sebenarnya? Kuasa? Pangkat? Harta? Kalau ikut sejarah.. makhluk jenis ni sume lingkup je.. apa pun tarak dapat.

Tak boleh berfikir secara rasional ke? Tak? Habis tu, akal ko letak mana? Kat punggung?

Hampeh tol.

04 September 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri



Untuk fitri, fitriah, dan semua umat islam.
Kumpul wet raya banyak2

30 August 2010

Belajar Illustrator


Jom belajar guna illustrator. ak lukis gne illustrator sket. pastu kaler gne photoshop.
nmpak newbie gler.

Cerita gambar.

Pendahuluan.
Seorang budak kecik tinggal di Taman Selatan bernama Amma. Dia tinggal berseorangan tanpa jiran2, tanpa kawan2.. Malah dia lahir tanpa ibu dan bapa. Tapi kalau xde ibu bapa macamana dia boleh lahir kan? Haa.. persoalan itu akan dijawab lain kali. Mungkin di episod dua. Mungkin tiga. Mungkin tak.

Pertengahan.
Dia membina rumah2 daripada bahan2 buangan seperti straw, kertas dan lain2 untuk terus hidup. Makan? Ah.. dia makan nasik daging merah kt Al Falah je kut.

Penutup.
Amma kemudiannya mati sorang2.

---

"Sedihnya citer ni bang," meraung2 seorang awek pembaca blog ak setelah membaca entri ini.

"Sabar yang.. Yang meraung sekali lagi abang pegi bunuh diri.." Si jantan cuba memujuk aweknya.


Ah apa benda ni. malas la nk tulis cter merepek agi.
Sekian.

23 July 2010

I love puzzle



Aku mmg ske mende2 misteri, puzzle, persoalan..
kerana ianya boleh membuatkan aku menggunakan otak yang jarang guna neh.. ngeh2

That's why aku ske cite conan, cte2 detektif, sherlock holmes..
muvi lak ak ske house. walaupun tu medik, tp byk puzzle.

so.. kesimpulannya.. jom men rubik cube. kita tgk sapa laju.

16 May 2010

Hari cikgu



Selamat hari cikgu utk sume cikgu-cikgi kt Tabika Kemas Kg Haji Wahab, SKSP1, SKSP2, cikgu kelas kafa, SMKKJ, ASTECH, KMP, UMP, cikgu2 tuisyen, dan lain2.

Ucapan kepada sorang cikgu sekolah rendah aku yang tak bagi aku keluar pi tandas sampai berlaku kejadian yang tak diingini, skang budak yg ko tak bg pi tandas tu dah masuk U.

Ucapan kepada cikgu bi ak yg susun kedudukan pelajar mengikut markah bi dan tempat ak kt belakang kelas, skang budak yang dapat bi paling rendah dalam kelas tu dah terer bi. Dah boleh tengok cita omputeh walopon xde subtitle. Dah boleh mencarut2 bullshit dalam bahasa inggeris.

Kepada anak cikgu aku yang curik buku teks aku time skola rendah (walopon da pulangkan), apa kabar ko skang?

Kepada cikgu sek kj yg percaya kt ak time spot check black metal, mekasih.

Kepada cikgu akmal yg ajar ak smpi aku pandai math tamb, mekasih gak.

Dan semua cikgu. terima kasih.

12 May 2010

Creativity is unlimited


Untuk berkarya kreatif sebenarnya tidak perlu untuk berada di atas satu garisan yang sama. Kerana hasilnya nanti cuma sama, tiada beza. tiada nilai sendiri. tiada kepuasan.

Ibarat sebuah filem yang berjaya, lalu filem2 lain terpengaruh untuk meniru. Jalan cerita lalunya menjadi sama. konsepnya juga sama. Natijahnya, penonton akan menjadi bosan.

Maka perlu ada seseorang untuk keluar dari kepompong itu. Kerana kreativiti itu luas. Skopnya besar. cabangnya banyak.

Sedangkan contengan kanak2 kecik boleh menjadi hasil seni yang hebat.

07 May 2010

Persatuan Salah Cakap

link : Persatuan Salah Cakap

hahah. x sangka persatuan macam ni pun ada. da ada 28K member tu. banyak tul kesalahan2 yg klakar. siap ada wat carta agi. haha.


Lepas tutup pintu, kita gelakkan anjing2 tersebut ok?


Sistem otak bole relocate? nak letak kat mana? lutut? haha


nak sebut cemana nih? secord floor? 1rd plak? firrd floor? haha.


ini xbole blah..


Siap ada budak wat carta agi.. dak umah ak men conteng kt dinding je.

beberapa ayat salah cakap dak umh ak:
spot speed > spot spike
air skyjuice > air skyline
penebar roti canai > pengibar roti canai

ape lagi ek.. tlg igtkan ak~

gambar2 diambil dr group persatuan salah cakap.

24 April 2010

Good luck



I know it's a lil late. whatever.
good luck. utk kamu. dan semua org.

15 April 2010

Friendship never ends..


Astech in memories.. Dari kiri : pidot, emy, jat, aku, mirul.
miss u all..

10 April 2010

Konserto


Belajar mewarna. Ske teddy bear.

xde la best sgt konsert. espesyelly ble artis kesayangan ak xwat persembahan. Acap Saleeng. just dapat bergambar je ngan die. Huhu.

xske bunyi kuat2. oh sakit kepala. Speka ak yg power ni pun ak bkk vol yg paling minimum je.
Haiya.

Rasanya lagi best klu dengar mp3 kt umah. Speka ak agi sedap kot.

19 March 2010

Tekanan = Daya per Luas


Ini gambar tekanan hidup. Tekanan perasaan.
Source : http://www.tutorvista.com/search/pressure-force-per-unit-area

Tekanan3. Aku berjaga sejak malam tadi sampai kul 6 pagi nak siapkan psm neh.
Lepas subuh baru dpt tido. Itupun sejam lebih je.

Bangun kul 8 lebih, bukak komp igtkan nk sambung psm, tapi..
Dem.. Power supply buat hal plak. Komp da tanak idup. Qongkah2 dalam cpu tu, tgk sampai ada spark da dlm power supply tu. Gila betoi. Takut haku.

Grr.. Mana nak carik power supply pepagi ni. Kafe bukan ada jual. Mamat jual topup pun x jual power supply.

Tanya member ak pasal kelas, tapi bukan jawapan yang diberi. Ak pulak yang dihanjing2kan. Rasa mcm nak bagi penerajang je 3 das ke muka dia. Tapi ak sabar je..

Lagipun x kool kalau ak bg penerajang. Ak perlu stay kool. Barulah Basyir namanya.

Status tekanan : Berjaya ditangani


kool~
source : http://kinsie.wordpress.com/2007/01/24/winter-wonderland/

rionix ~ ak kool macam orang salji

27 February 2010

makan

Malas bercerita. sekadar nak upload gamba. bosan weh.

Breakfast. malas mkn byk2


Tengah hari : kena mkn byk2. udang, ayam , sayur, dan ntah pape agi dlm tu.


Pastu sambung ngan kuih2.


bosan. siyes.

09 February 2010

Geram btol laa..

Geram tol tgk mende neh. Rasa cam nk bli jek..! Ntah ble la ak dpt bli.
DSLR. x mahal pun xpe. Dapat yg seribu dua jadi ar.
Nak beli2...



Gambar sekadar hiasan

Blog Exchange