Welcome to my blog..

Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.

my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html

buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html

How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html

21 April 2009

Kucingku Aki

Intoxicated - Kucingku Aki



Ku ada seekor kucing
Namanya Aki
Namanya Aki
Malam tadi, Aki dilanggar lori
Ibuku kata Aki takkan kembali
Kerana kucingku aki telahpun mati...

(chorus)
Ku nak dia kembali
Ku nak dia kembali
Ku nak dia kembali
Kucingku Aki

Oh kenapa Aki
Kenapa kau lari
Kini kau tinggalkan aku seorang diri
Semua orang pun kata cari yang baru
Untuk melupakan sedih dan pilu

(chorus)

(chorus)

Ku kutip bangkainya
Di jalan raya
Badan kecil molek tak bermaya
Ku simpan bangkainya di dalam peti
Sebagai kenangan di dalam hati..

(chorus)

Tak kisah matanya dah hilang
Tak kisah dia tinggal tulang
Biarpun otaknya berkecai

Ku nak dia
Ku nak dia kembali
Kucingku Aki...

rionix ~ kepada kucing yg pernah ak terbunuh dulu, ak mtk mahap.. ak x sengaja.. haha~

20 April 2009

Awek...

Awak..
Saya tau awak x sempurna..
Saya tau..
Sebab saya sendiri pun x..
Tapi sampai bila saya nak guna alasan x sempurna tu
Sebab tu la saya nak awak jadi lebih baik
Supaya hari esok lebih baik dari arini

Awek saya lambat
Saya tau.. ramai yang cakap..
Mayb awak xtau
Tapi saya tau awak mesti sedih kalau awak tau..
xpe2 nnt awak laju la..
sabar ek..

Awek saya x cukup cerah..
Saya sendri pun rasa camtu..
Tp awak jgn bimbang..
Saya bukan nak buang awak..
Awak x cerah pun saya syg awak jgk..
Kalau awak cerah lagi la saya syg..

Awak kecik..
memang pun..
jgn risau..
cuti sem ni saya balik umah..
Saya bli hard disk baru supaya hd awak lebih besar ek..
Pastu nak bli monitor baru.. supaya cerah sket..
Monitor ni da gelap la..
Kalau awak lambat nnt saya bli mobo baru..
pastu tambah ram.. processor baru..
mesti awak laju kaw2 nyer..

Ahak3.. ntah pape la..
Sok da nak exam la rionix.. Buleh agi buang masa camni..
Fail kang baru padan muka..

rionix ~ asal ak rasa mcm ada agi seminggu stadi week?

16 April 2009

Tipu Tapi Benar

Tipu Tapi Benar ...... _._ ... .._ .. . (apesal byk sgt titik ni? Igt kod morse ke hape?)
Pelik sikit tajuk aku ni kan. Nanti ak citer.

Fersly, haku nak mintak sori kpd peminat2 haku sbb lama x meng-apdet blok ni. da malas skang. kije pun byk. (padahal byk tido. adoi...) Ak tulis ni skang pun sambil stadi trapik. Seblah mata tgk moniter, seblah agi tgk nota. Bagai sireh pulang ke gangbang (ke gambang?). Mana satu ejaan betul ni? Lantak ah.

Penah tak korang dengar cte2 camni. Arini orang tu cakap korang bijak.. "Pandai la awak.. Bestnye dapat kawan mcm awak..."
Pastu esoknya dia ckp korang bangang lak. "Bodow ar ko.. bangang, #$%^, %*^$, ******, s###, dan macam2 agi,". Perkataan lain tu ak tambah je sebagai penghangat telinga time sejuk2 malam ni. Hentikan bacaan korang sampai kat perkataan "ko.." tu je.

Pernah tak korang terfikir kebenaran kata2 dia tu? Kalau dia puji mesti korang sronok kan? "Alah.. mana de pandai.. saya biasa2 jek.." Padahal dalam ati da sronok gila bab*. Happy sesangat sampai rasa mcm nak tendang je dinding hostel tingkat 3 tu pastu nak terjun laju2. Kan? Kan? Ok.. ak guna bahasa hiperbolics. xde la sampai terjun lelaju2. terjun slow2 je kut.
Tapi ble diorang kata korang bodow musti korang marah kan? "Sape bodoh? Hah? Hah? Ko ingat ko tu pandai sangat ke hah?" Rasa mcm nak bagi 3 bijik of penerajang je kat muka dia. Biar dia masuk rumah sakit jiwa sbb otak bergegar kne tendang. Padahal sebelum tu korang purak2 rendah diri la kononnya. x pandai sangat la konon. Korang bole lak ngaku x pandai tyme purak2 rendah diri tuh.

Tapi kedua-duanya benar. Memang korang pandai. Memang korang bodoh. Korang hensem. Dalam masa yg sama gak korang x hensem. Comel. x comel. baik. kuat. pemurah. kurang baik. lemah. tinggi. kedekut. pendek. semuanya boleh berlaku dalam masa yang sama.
Percaya x? Percaya jelah. (Ataupun dalam bahasa tamil disebut - Believeeedt owr nod? Jazz believeeedt..)

Carik kebenaran dalam setiap kata2 mereka. Sedangkan seorang pencuri, andai dia berkata benar maka korang perlu membenarkannya. Kalau x, korang telah berdusta. Bukankah begitu?

So masihkah korang patut marah andai mereka berkata benar? Mungkin. Mungkin x. "Benar rupanya kata mereka.. rupanya aku ni kurang bijak," Ya. Katakan ya kepada kebenaran.

Tapi dapatkah korang melihat kebenaran dalam kata2 mereka? Kebiasaannya manusia akan memilih kemungkinan terburuk untuk membuat kesimpulan. Misalnya kalau dikejar pembunuh, otak akan membuat analisa dan menghantar mesej kepada anda "Matilah ak.. Abesla ak.."
Kalau kawan korang puji korang dengan ayat yang boleh membawa 2 maksud... - (ni dia puji ke kutuk ak ni? mesti tgh kutuk ni.. aiii... rasa mcm nak back hand je dia ni..)
Kenapa camtu? sebab korang suka wat kesimpulan negatif dgn memikirkan kemungkinan terburuk. Korang x cuba fahami org lain. X cuba utk menerima pemikiran yang berbeza dari korang. X cuba utk berfikir dengan jelas kejujuran dan keikhlasan mereka.

Fahami orang lain. Mereka juga punyai perasaan seperti korang. Malah mungkin lebih sensitif dari korang. Lebih mudah terluka. Jangan ingat korang je perlu difahami.

Tunaikan hak oraaang lain (oraaang sengaja dipanjangkan untuk membawa maksud jamak). Lebih baik kalau korang tunai hak tanpa tuntut hak. Bantu insan lain dan halalkan bantuan anda. x perlu mintak balasan. x perlu ungkit2.

Akhir kata.. kadangkala kita ingat orang tengah berdusta, tgh mempermainkan korang.. tapi, cuba korang fikir dari sudut berbeza.. mungkin korang akan jumpa kejujuran.. kebenaran dalam "penipuan taksiran" korang..


Katun Punishiyou - Tipu2 pun idung jadi panjang.

rionix ~ aku sedang cuba memahami. cuba mengerti. kenali ak. juga kenali mereka. -taaruf, tafahum, takafur..

12 April 2009

Aku yang Kecewa

Ak kecewa.. ntah lar.. ak sndri pun x berapa pasti dengan apa dan siapa yg ak kecewa.. mayb sbb byk sgt reasons..

Kecewa dgn manusia bila xleh nak amik berat pasal diorang dan disuruh jaga tepi kain sndri..
Kecewa dgn mereka yg ingin difahami oleh orang lain tp x pernah cuba utk memahami orang lain..
Kecewa ble diorang nak orang lain jadi sejibik cam diorang sbb ak xleh.. sbb manusia berbeza..
Kecewa ngan diri sndri yang malas stadi..
Kecewa ngan beberapa kerat org islam yg saje2 nak jatuhkan maruah islam..
Kecewa ngan skype yg mengong..
Kecewa ngan kapasiti hard disk ak yang semakin mengecil.. cemana nk donlod muvi ni.. nak bli hd baru 1Tb lah camni..
Kecewa ngan komputer murah ni.. rasa mcm nak tampar je.. tp ak tawu komp x dpt rasa saket.. org yg jual komp ni la yg punya angkara..
Kecewa ble ramai manusia yg hanya tahu menuntut hak tp x sanggup nak tunaikan hak owang laen..
Kecewa dan sedih..
ntah lar..

rionix ~ kecewa2 gak.. tp xde la sampai nak bunuh diri..

11 April 2009

Explaination

Skang ni pun ak tengah berpikir2 patut ke ak wat pos ni arini. Patut ke? Perlu ke? Mungkin. Sebab banyak salah paham yang berlaku. Ak sndri pun x sangka keadaan leh jadi camni. Bukan niat ak nak menghancurkan ati sesiapa. Aku x sekejam itu. Sebab ak tahu korang ada perasaan. Ak pun ada perasaan. Korang punya ego, ak juga punya ego. Tapi kadangkala demi keharmonian, biarlah aku yang mengalah. Ak rela. Andai itu mampu menjernihkan suasana.

Ak dah cuba buat yang terbaik. Cuba menjadi insan yang paling jujur berbanding diri ak yang sebelum ni. Tapi mungkin semua usaha ak x pernah dihargai. Ak tahu itu. Aku masih lagi diragui. Ak still dituduh menipu. Penipu. Pembohong. Tapi xpe. Kepercayaan bukannya perkara yang boleh ak dapatkan dengan mudah. Ianya perkara yang mahal. hen gui. Lagipun apa yang ak buat ni bukan utk siapa2. Ak buat utk diri sendiri. Ak buat kerana Allah. Biarlah mereka menuduh ak menipu. Hatta seluruh dunia sekalipun. Ak x marah. Ak x layak untuk marah. Asalkan ak tahu ak telah berlaku jujur. Jujur pada diri sendiri. Jujur pada orang lain. Agaknyalah...

Ak jgk selalu disalah faham. Tapi ak x mampu nak marah. Sebab ak tahu, mereka manusia. Ak pun sendiri manusia. Malah dalam persahabatan terutuh pun boleh berlaku salah faham. Inikan pula insan yang baru ak kenali. Baru lagi. Mungkin setahun. Mungkin dua tahun. Itu bukanlah tempoh yang lama untuk memahami.

Andai mereka ckp : "Kitakan kawan.." Lalu ak jawab "Sejak bila kau jadi kawan ak?"
Mungkin mereka akan menganggap ak x mengaku kawan. Tapi mengertilah, ak sentiasa menganggap korang kawan. Ak cuma ingin mengetahui sejak bilakah persahabatan itu terbina.

Andai engkau bersedih.. Lalu ak mengatakan "Perlukah ak turut bersedih?", bukanlah ak ingin mempermainkan kamu. Jauh sekali untuk melukakan hati seorang kawan. Tapi ak cuma ingin mengetahui adakah engkau akan bahagia dengan melihat ak bersedih? Tahukah engkau bahawa ak turut berduka? Tapi andainya ak turut bersedih akan membuatmu lebih sedih dan terluka, ak pasti akan berusaha untuk gembira dihadapanmu. Biarlah batinku sahaja yang menangis bersamamu. Ak sudi. Kerana aku ingin menjadi seorang sahabat yang baik.

Lagipun bukankan engkau selalu berkata2 bahawa engkau akan bahagia apabila melihat kawan engkau bahagia? Lalu adakan kau akan bahagia hari ini andainya ak juga turut berduka? Ak cuma harapkan kebahagiaanmu sahabat...

Pernah mereka bertanya kepadaku "Engkau derma ni ikhlas ke x?" "Engkau bagi kt ak ni ikhlas ke x?" "Engkau belanja.. engkau senyum.. engkau bersedih.. engkau puji.. dan engkau itu engkau ini... ikhlas?"
Tentunya ak x berani nak jawab ikhlas ke x. Kerana ak sendri x tahu. Andai ak kata ak ikhlas, atas kayu ukur siapa? Betul ke ak benar2 ikhlas? Andai ak kata ak x ikhlas, siapa ak untuk mendarjatkan keikhlasan? Adakah korang akan terima pemberian ak kalau ak kata ak ikhlas atau x ikhlas? Ak serahkan kepada Allah untuk menilai keikhlasan ak. Andai benar2 ak ikhlas, Alhamdulillah. Kalau tidak, ak mohon ampun dan maaf. Semoga Allah memakaikan ak dengan pakaian keikhlasan.

"aku xsangka la cmni ang sbenanye" kata mereka.
Mungkin ak dapat meneka maksudnya. ak tahu. mungkin dia anggap ak jahat. tp mungkin jgk selama ni dia anggap ak jahat, rupa2nya baru dia tahu ak sebenarnya tak.
Ayat tersebut boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. Tapi ak xske tafsir suka2 ati. Nnt akan berlaku salah faham. Bukan caraku utk terus menuduh. Lalu ak akan meminta penjelasan. Setelah penjelasan itu memuaskan ati, barulah ak akan wat keputusan. Dan keputusan itu adalah jawapan kepada soalan ak di perenggan pertama. Ya, ak perlu buat penjelasan untuk mengelakkan salah faham berterusan.

Kepada mrk yg dimaksudkan, ak mintak maaf andainya korang terluka dengan kenyataan ak. Biarpun ak sendiri terluka, ak rela mintak maaf demi sebuah persahabatan..

Itu je kut yg ak nak tulis. Ak da x dpt nak tulis sbb mata ak da basah ngan air mata. x bole tahan dah. Nk pegi basuh muka.

09 April 2009

Universeetits M'sia Phg

Hmm.. Ak bukan silap eja tajuk tue.. mmg disengajakan ejaan tu..
kalau trenslet ke 'bee emm' makna dia nampak tehtek. Kepada pompuan2 yg terasa tu, xyah la nak marah2 ak. Mmg ayat ak kasaq sket. Tapi ni lah realitinya.

Universiti yg patutnya jadi tempat yang mulia, tempat nak carik ilmu, tapi, bler da jadi camni.. nak kata ape agi..
Ramai (ak x kata semua) dak2 pompuan yang tayang tehtek ske2 ati (ske sangat la tu) kat sini. x caya tgk ar sniri. Pakai baju nak ketat2. Saja nak bg orang nampak dada tu. Igt cantik sgt ke korang tu? Yang muka mcm sampah pun ada ati nak tayang body gak. Yang bertudung pun ada yang baju ketat2. suar ketat. Tu yang pki tudung. Yang x pki tudung agi la.

Tensen haku. Haku nak posa pun x senang. Haku nak posa mata neh!! (mata je la) Ilang da pahala posa mata ak. Bkn ak sengaja nak tgk. tp tertgk. Maknanya ak x bersalah la ni. Ak kan baek. hurm..
Pki baju tu plak, saja je cari t-shit yg ada tulisan/lukisan kt tengah2. Nampak sgt la korang sengaja nak suh kitorang tgk. Kan? Kan?

Bak kata cikgu ak, "Nak tgk rasa bersalah, tp.. kalau x tgk.. rezeki da depan mata.. So, terpaksa plak tgk.." (Korang xyah ikut ajaran ni..). Maknanya kat sini, sian la sikit kat dak2 laki kat sini. Ramai kengkawan ak da komplen. Diorang nak blaja kt kelas susah sbb asek ternampak natang tu. Abes ilang fokus. x dpt tumpu stadi. Tu baru blaja. Kalau test? Abes lupa rumus trus. X sian ke kt diorang??? Sian dowh.

So, pandai2 la korang nak pakai baju leklok. Lagi baik kalo dpt tutup aurat dgn sempurna.
"Lelaki x bersalah.. xkan kitorang nak pejam mata kut tiap kali gi klas.."

Mahap la kt sesape yg terasa. mmg korang patut terasa pun klu wat mende salah. Chiaw.

rionix ~ ak x penah pki pakaian ketat yang bole menampakkan bentuk body ak yg mantap ni.

06 April 2009

Hakikat dan Syariat

Aku pernah terjumpa pasal perdebatan ni kt internet. Ada lak yang fahaman ilmu hakikat la hape la. Lalu mereka berkata taraf mereka lebih tinggi dari manusia lainnya yang hanya belajar ilmu syariat. Mereka pula belajar hakikat. Kononnya belajar mengenal tuhan. Mengenal Muhammad. Zat Allah. Zat Muhammad.

Pastu ada buku Hakikat insan kat pasaran oleh Haji Ahmad Laksamana. Buku "Rahsia Mengenal Diri" oleh sape x ingat. Lalu ada yang mendakwa bertemu dengan Allah. Dengan Muhammad. Ada pula mandi wajib dengan celup jari. Sembahyang mereka lebih diterima Allah lebih dari orang Syariat.

Dan mereka berkata hakikat x perlu dipertikaikan dengan syariat. Ilmu lain2. Apa yang lain? Ada 2 islam ke? Islam hakikat ngan Islam Syariat? Ibarat belajar Matematik dan berkata Matematik Syariat berbeza dengan Matematik Hakikat. pelik2.

Pastu kononnya nak baca buku hakikat kena bersihkan hati. Nak bersihkan hati kena baca buku tu dulu!!! Abes tu nak stat dari mana dulu?? Ada pulak yg kata zat kita zat Allah. Zat Allah zat kita. Mereka pun buat ikut sukati saja. "Allah ada dalam aku. Ayat aku ayat Allah." Abes tu suma manusia sama ke? Suma masuk syurga? xkan zat Allah masuk neraka?
Ibarat makan gula.
Sorang cakap "Nak makan gula kena belajar hakikat gula dulu. Kenapa ia manis. Apa struktur molekul gula. gula begini gula begitu. Baru boleh makan,"
Sorang lagi cakap. "Makan la gula dulu. Baru la tahu gula manis ke x. X perlu belajar tinggi2 utk rasa manisnya gula."

Lalu mereka menolak AlQuran dan hadis. "x perlu semua tu," kata mereka. Ilmu mereka direct datang dari Allah. xde hijab. Belajar terus dari Allah. "Al Quran kena melalui Malaikat dan Muhammad," kata mereka lagi.

Kononnya nak mencapai tahap sufi. Belajar ilmu hakikat aje da bole masuk syurga. Korang ikut jalan siapa tu? Jalan yang Muhammad tunjuk ke?


"Sesungguhnya aku ini lebih mengetahui daripada kamu akan makrifat Allah dan aku lebih takut kepada-Nya daripada kamu; tetapi aku bangun, tidur, berpuasa, berbuka, menikah, dan sebagainya; semua itu adalah sunnah Barangsiapa yang tidak senang dengan sunnahku ini, maka ia tidak termasuk golonganku."

Rasanya ilmu ni start kat Jawa kut. Islam dah sempurna. xyah nak tambah benda2 baru yg tahape2. Ikut je apa yg rasulullah ajar.
----
Kategori : Akidah
Tajuk :
FATWA TENTANG AJARAN JAHAR BIN DUMIN (ILMU HAKIKAT)
Isu :

Fatwa :

(1) Ajaran Jahar bin Dumin (Ilmu Hakikat) didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

(2) Orang-orang Islam yang telah belajar dan mengamalkan ajaran Jahar bin Dumin di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata’alla.

Rujukan Pewartaan : Sel.P.U. 47.

----

rionix ~ takut sesat bila naik bas.

05 April 2009

Semoga Engkau Bahagia

Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan. Wanita berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi matahari. Wanita tidak mengerti kenapa pemuda ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita berkata ingin menjadi rembulan tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu, tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari. Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.

Wanita tersenyum pahit dan kecewa. Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin menjadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita. Maka wanita itu pun beredar pergi dengan rasa kecewa dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga menjadi pilihan pemuda. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan memberikan semua sinarannya kepada bunga agar ia tumbuh, berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang dari jauh dan akhirnya rama-rama yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan dan balasan.

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan siapakah yang ingat akan matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan, menyakitkan namun sangat layak untuk cinta. Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit, bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung tetap bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun yang ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan. Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari untuk wanita yang dicintainya.

rionix ~ rela berkorban demi kebahagiaan org len.

04 April 2009

Cemburu Seorang Perempuan


(ak letak 2-2 gamba sbb xto nk pilih yg mn satu)

Cemburu Seorang Perempuan
Genre: Romance
Author: Siti Hazneza Abdul Hamid
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd

Huhuh.. kali ni ak ingin berbicara tentang buku lak.

Sinopsis belakang buku:

Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas
sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal....

-----

"Akukah yang tidak adil di dalam menimbang kasih?"

Cemburu seorang Perempuan sebenarnya menceritakan bagaimana 2 wanita menangani rasa cemburu dengan cara masing2. Seorang menyemai rasa dendam dan seorang lagi mengukuhkan keimanan.

Mengisahkan Zikrillah berkahwin dgn orang yg dicintainya, Emilya. Mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emi tak boleh mengandung lagi. Dia mahu mengikat kasih Zik dengan cahaya mata, lalu mencadangkan Zik mengahwini his own best friend, Dhiya' kerana Emi tahu Zik dan Dhiya' kawan sampai bila2 dan tak akan wujud 'cinta' antara mereka. Emi mahu menggunakan Dhiya' sebagai medium utk melahirkan anak dia dan Zik. Ibu tumpang. Dhiya' rela
kerana dia memang kasihkan Zik dan menghormati persahabatan Zik. Dia berkahwin dgn Zik supaya boleh melahirkan anak2 untuk Emi dan Zik.

Emi dan Dhiya' tak dapat melarikan diri dari rasa cemburu sedangkan Siti Aishah cemburukan Siti Khadijah, inikan pula Emi dan Dhiya'. Emi nekad Dhiya' takkan memiliki Zik, walaupun Zik tak pernah menyentuh Dhiya' dan setia pada Emi. Zik dan Dhiya' memang sahabat terbaik tetapi selepas 3 kali sabar melahirkan anak2 hebat utk Zik dan Emi, Zik mengaku sayangkan Dhiya' tapi cintakan Emi. Emi
sentiasa menggelorakan perasaannya dan Dhiya' sentiasa memberi ketenangan kepadanya, tempat dia mengadu segala galanya. Dengan Dhiya' dia boleh bersembang apa saja, dengan Emi, hanya cinta yg membara.

Zik tidak mampu 'bersama' dgn Dhiya' kerana terbayangkan Emi, dan Dhiya tak mahu bersama dgn Zik yg mahu menggaulinya kerana rasa simpati, bukan kerana kasih dan cinta. Emi menyibukkan Dhiya' dengan meminta Dhiya' mengandung lagi atas hasutan ibu bapanya yg tak sudah2 menyemai rasa ragu2 Emi atas hubungan Dhiya'-Zik.

Emi mula mengongkong dan mengugut siap guna minyak tanah dan pisau. Jika Zik berlama-lama di rumah Dhiya' Emi akan memukul anak2nya, mencemuh Dhiya'. Dhiya' sabar dan sanggup berjauhan dgn org yg dicintainya malah mencadangkan Nik pura2 meluahkan marah kpd dirinya di hadapan Emi supaya Emi lebih senang hati. Dhiya' melahirkan anak keempat tanpa Zik. Dhiya' pastikan Dhiya dan Zik tidak bertemu. Namun rindu membawa Zik kepada Dhiya' hingga sanggup berbohong pada Emi. Emi mengekori dan dendamnya mekar kembali.

Masa ketiadaan Zik Emi mengajak Dhiya' keluar lalu mencederakan wanita itu.. ni bukan kira tarik rambut, tampar2 ni.. dia guna besi utk meluluhkan seluruh anggota Dhiya' hingga tercerai kedua2 tangannya, wajahnya ditoreh dan dibakar agar Dhiya' tidak mati tetapi menderita. Emi ditakluk syaitan! Dia dah gila! Balik ke rumah dia tak nampak anak2nya yg empat orang tu anak2nya, semuanya mewarisi keindahan Dhiya', dipenuhi ilmu dan amal, dididik dengan al-Quran, dibaja dengan rasa hormat kepada ibu, mama dan ayah mereka. nyawa anak2 itu digugat ibu sendiri, dua pergi utk selama lamanya dua lagi mengalami trauma.

Emi mencederakan diri hingga mati. Zik teruji. Dhiya' yang diterima sekarang sudah tidak sempurna, berkerusi roda, tangan2nya kudung, wajahnya berselubung tapi hati Zik tetap terpaut. Dhiya' dicintai dan dikurniai lagi 3 cahaya mata yg suci.. Dhiya' sentiasa teguh tak kira bagaimana dugaan menimpa. Akhirnya sahabatnya menyintai dirinya seikhlas ikhlasnya.

"Aku orang bukit yang telah mengambil risiko tinggi membina rumah di tepi pantai yang paling bergelora..."
-----

Kali pertama ak baca buku ni kt library UMP. tapi time tu ak baca sekerat je. Pastu beberapa ari lepas tu ak g semula library carik buku ni sbb nak abeskan citer die. best.. Tapi 2,3 ari gak ak cari buku ni kt library baru berjumpa.
Mmg terharu sgt baca cter ni. Cuma ak x nangis je. Ada tema kekeluargaan.

Si Zik ni pernah tanya kt Dhiya kenapa Dhiya terima lamaran die.
Pastu dia jawab lebih kurang camni la.

"Katakan kau mengidam sangat2 pisang. Memang ko nak sangat2 dah. Pastu ada orang bagi kt ko lepat. lepat pisang. Ko terima tak?"

"Kau adalah pisang yang datang kepada aku dalam bentuk lepat,Zik.."

amik sikit2 review dr novelcinta.multiply.com/
pinjam ek? bole kan? kan? kan?

~ td ak da kuar air mata. tyme wat cek resdung kt dpn kk1 tu.

rionix ~ ak pun baca novel gak la kengkawan.. tp xde la novel sekadar jiwang2. Ak bkn mat flower sgt pun.

02 April 2009

Tuah dan Jebat

Sejak tecik2 agi kita dijamu ngan kisah hang tuah 5 bersaudara(yeke 5) kononnya kepahlawanan hang tuah tiada tolok bandingnya la hape la. Citer ni ada 2 versi iaitu dari Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu. Tapi ak da terbiasa dgn versi Hikayat Hang Tuah iaitu Jebat sebagai penderhaka.


Hang tuah bersama aweknya yang seksi.

Daripada citer ni kita leh berfikir tentang kerasionalan memasing.
Hang Tuah dikaitkan dengan sifat-sifat ketaatan beliau secara mutlak terhadap Sultannya dengan memganggap raja seolah2 tuhan yang sentiasa betul (kononnya). Jebat lak taat kat sultan gak tapi lebih berpihak kepada sahabatnya lalu dia tukar prinsip kepada "Raja adil raja disembah, Raja zalim Raja disanggah."

Ingat aku peduli ke tuah tu kuat ke x. Yang ak taw tuah tu bodoh je sebab taat kat sultan membabi buta (sep bek ko bukan babi betul). Aku lebih suka prinsip jebat tu kerana ak lebih berpihak kepada keadilan. Kalau pemimpin tu zalim watpe nak taat. Carik la pemimpin yang adil.
Jebat terpaksa derhaka kepada sultan. So what? Korang nak derhaka kt sultan ke derhaka kt Allah? Kalau demi menegakkan keadilan terpaksa membelakangi sultan, normal la tu.

Tuah tu gak playboy. Kalau dia ada kt ump ni mayb leh dapat title Player of the year ni ha. Sebab nak bodek sultan dia sanggup tipu si minah tun teja ni nak bagi adiah kt sultan. da la pakai minyak pengasih lak tu. Nampak sangat tuah ni x ensem gler. Pastu dalam perjalanan plak leh dia ratah tun teja ni sbl nak bg kt sultan. Laha*at tul.

Sultan tu pun satu (Sultan ke raja? Lantak ah). Bebal. xreti nak berpikir sendri asek nak suh org pikir untuk dia lak. Lagging. Pastu ape org cakap sume caya je. Org ckp tuah buat jahat pun caya gak. Dia ingat dia raja leh jatuhkan hukuman bunuh sukati jek. Patut la tanah melayu ni kne jajah.

Jebat pun x sentiasa betul. Dalam nak menuntut bela utk tuah dia x patut mencederakan org yg x bedosa (yeke. ade ke org yg xde dosa? kanak2 kut)

Tapi ak x cakap pun korang xleh mencontohi hanh tuah ke jebat ke. Sebab prisip aku, "Yang baik dijadikan tauladan, Yang buruk dijadikan sempadan."
Andai ada sedikit pun nilai mulia dalam diru tuah, itu akanku jadikan teladan. Ini barulah rasional. Tidak wajar untuk menolak segalanya yang baik dan buruk. Kita ada akal. Berpikirlah.

Akhirnya pikir punya pikir, Hang Rionix gak bagus. x gaduh2. x sepak sultan. hensem. penyayang. berbudi bahasa. Senang cakap, "Follow~me"

"Jangan melihat dengan sebelah mata andai engkau ada dua darinya." "Tapi apa yang kau lihat dengan dua mata juga x menjamin kebenarannya kerana kadangkala mata itu menipu.."

Sekian.
Rionix ~ engkau perlu berfikir dengan akal..

Interview Question

1. Tell me about yourself:
I penah study at ump.. but i slalu fail.. atau hampir fail..
Seorang yang poyo tapi berkarisma.. periang, penyayang..

2. Why did you leave your last job?
Saya x leave.. saya kena buang sebenarnya.. best wo.. dapat 3 bulan gaji..

3. What experience do you have in this field?
Saya penah pegi site visit masa kt ump.. penah pegi servey kem..

4. Do you consider yourself successful?
Sebab saya buat bisnes printing.. kaya woo..

5. What do co-workers say about you?
xde.. diorang sumer bisu..

6. What do you know about this organization?
Ni organisasi aper ek? Saya ni mtk kije nak jadi library kan?

7. What have you done to improve your knowledge in the last year?
Hoo hoo.. saya ni bakal library tau.. mesti la saya baca buku banyak2..

8. Are you applying for other jobs?
Penah.. tukang sapu sampah, penah mtk kije jadi spital, jadi jambatan, jadi balai polis, tapi x dapat. Sebab tu la saya apply nak jadi library.

9. Why do you want to work for this organization?
Sebab saya nak jadi library la! Hish.

10. Do you know anyone who works for us?
Entahla.. kalau saya tau bole la rasuah dia

11. What kind of salary do you need?
Nak duit banyak2. Buku banyak2. Awek banyak2. Library banyak2.

12. Are you a team player?
Nak play hapenye.. saya nak kije siyes ni.. no play2.

13. How long would you expect to work for us if hired?
Selagi saya belum kne buang kije.

14. Have you ever had to fire anyone? How did you feel about that?
Saya bukan ultraman.. x pandai nak fire2 orang ni..

15. What is your philosophy towards work?
Kije jadi library sampai jadi library negara yang berjaya

16. If you had enough money to retire right now, would you?
xnak.. nak jadi library sampai tua2

17. Have you ever been asked to leave a position?
Penah.. bkn kne tanya kne buang trus.

18. Explain how you would be an asset to this organization
Saya ada byk buku.. haa.. komik pun banyak..

19. Why should we hire you?
Sebab.. entah.

20. Tell me about a suggestion you have made
Saya nak cadangkan kita beli komik banyak2 penuhkan library ni.

22. What is your greatest strength?
Saya x kuat dan saya x besar, bila bekerjasama semua jadi mudah.. Ape yg penting? Kerjasama!!

23. Tell me about your dream job.
xkan la sampai nak mimpi2 ni.. amboii..

27. What is more important to you: the money or the work?
Duit. xde dwet xnk kije.

29. Tell me about a problem you had with a supervisor
Dia penah marah saya sebab datang lambat. Lalu saya pun tendang dia kuar tingkap lepas saya ikat kaki dan tangan dia. Pastu saya pun amik jawatan dia.

36. Would you be willing to relocate if required?
Haa.. ok fine.

40. Do you have any blind spots?
Saya nampak.. x buta la..

50. Do you have any questions for me?
Saya nak mintak gaji sepuluh kali ganda dari awak boleh?

rionix ~ kalau ak pi interview adakah aku akan jawab camni? hmm..

01 April 2009

Awek saya berlakon

Sekali sekala nak jadi jiwang jap..

-dia berlakon gembira.. walaupon hati dia tgh resah...sebab x nak aku turut sama resah
-dia berlakon sihat.. walaupon dia tengah demam...sebab x nak aku selalu call suruh dia makan ubat.. dia kata ubat x sedap
-dia berlakon curang.. walaupon dia amat setia...sbb nak aku selalu tanya apa dia buat setiap hari...kemana dia pergi.. dengan siapa dia bejumpa..
-dia belakon bejimat-cermat.. walaupon dia sebenarnya amat boros.. sbb dia tahu aku skrng masih belom ada gaji tetap nak belanja dia lebih2...
-dia belakon ganas depan kawan2 dia... walaupon aku tahu dia sebenarnya lembut sesangat...
-dia belakon ramai kawan kat pejabat dia and dia gembira dengan kerja dia.. walaupun dia sebenarnya keseorangan bila makan tengahari...
-dia belakon seronok gila babeng sambil mengejek2 aku bila aku demam or sakit... walaupon aku tahu dia sebenarnya sedih sesangat.. tapi oleh sbb nak ceriakan aku.. dia wat cam tu...
-dia belakon ada orang lain suka mengayat dia.. walaupon erk.. sebenarnya memang ada.. uhuhuh

Peringatan : aku xde awek

Blog Exchange