Welcome to my blog..

Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.

my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html

buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html

How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html

26 April 2011

Salahkah bina bangunan tinggi?

(Perbandingan menara pencakar langit. sumber)

'Kimat dah nak dekat la tue'
Itulah antara ayat yang akan keluar apabila sesetengah manusia melihat bangunan tinggi. Ada juga yang memerli2 seolah2 membina bangunan tinggi adalah satu kesalahan/dosa besar.

Tanda Kiamat?

Aku cuba mencari tentang adakah salah untuk bina bangunan tinggi2 tapi masih tak berjumpa jawapan yang mengatakan ianya satu kesalahan. Yang berjumpa cuma tentang tanda kiamat dimana manusia berlumba2 bina bangunan tinggi.
Salah ke kalau tu tanda kiamat? Kita kena faham apa fungsi tanda. Ia bukan bermaksud ianya baik atau jahat. Ia sebagai petunjuk/isyarat/peringatan supaya kita dapat bersedia. Tanda2 lain antaranya muncul Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa, dikira jahat jugak ke? Tanda kiamat juga tu.

Tujuan

Maka disini memerlukan kita berfikir. Apa sebenarnya tujuan dibina bangunan/menara tinggi tersebut? Sesuatu perkara itu boleh berubah bergantung kepada tujuan dan niat.
Misalnya kalau seorang membina rumah walau setingkat, dibuat dengan kayu pulak tu, tapi diukir, dihias segala macam dengan tujuan untuk berlagak kepada orang sekitar kononnya binaan klasik, special, berkelas dan macam2 lagi. Dah tentu salah kerana tujuannya untuk riak dan takbur.

Tapi kalau bina flat seploh tingkat untuk kediaman bukan untuk riak atau berlagak, dan tentu la boleh.

Sama jua dengan bina menara tinggi2 ni. Pastilah mereka mempunyai tujuan yang penting.
Misalnya untuk membuat asas yang kukuh dalam pembinaan negara supaya diiktiraf negara2 lain secara tak langsung. Untuk menarik pelabur  asing ke malaysia. Menarik pelancong. Mempercepatkan proses kearah mencapai negara maju. Ataupun sekadar untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka barangkali? Tuhan lebih tahu hati manusia.

Lebih baik lagi kalau sesuatu bangunan mercu tanda itu bukan sekadar dijadikan perhiasan olah rakyat untuk dipuji dan dibangga2, tetapi juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Kalau sekadar untuk berlumba2 membina bangunan yang paling tinggi, besar, mewah, dan macam2 paling lagi, akhirnya siapa lagi kalau bukan rakyat yang merana.
.

2 comments:

Blog Exchange