Ledakan teknologi maklumat telah mengubah pemikiran, cara hidup, pengurusan kewangan, dan lain2 dalam kehidupan manusia. Kalau dulu mereka yang terlibat dengan dunia sains dan teknologi menjadi nerd, dork, geek, dan segala bermacam gelaran lagi. Tapi hari ini orang yang terlepas perkembangan teknologi akan dilabel ketinggalan zaman, terlepas bas, mundur dan lain2.
Antara teknologi yang mengubah masyarakat hari ini adalah dunia blog. Kalau dulu mereka yang ingin memiliki laman web sendiri perlu membayar harga yang mahal tapi hari ini segalanya dah murah dan ada yang percuma, thanks to internet.
Bila kita tengok orang lain buat blog, kita pun nak berblog. Aku pun tak terkecuali. Aku start blogging pada tahun 2008. Pada masa itu, aku masih kurang mahir dengan dunia blog dan tak tahu pun tentang nuffnang atau pengiklanan lain. Jadi aku sekadar menulis untuk suka2 dan tak terfikir pun untuk mencari duit di internet.
Hari ini blog2 semakin bersepah tumbuh bagai cendawan selepas banjir. (uhuk2) Blogger baru (haha.. macam aku senior sangat) demi mencari tempat dan menjana duit di internet maka rajinlah diorang mengupdate blog. Terkadang isinya merapu meraban takde tujuan. (huhu.. aku pun merapu jugak) Tapi takde salahnya merapu asalkan berguna, bernilai dan bermanfaat. Lagipun blog korang kan sukati korang la kan.
Plagiat
Pic from here
Tapi apa yang tak bestnya ialah plagiat. Bila dah takde idea sangat maka curik pulak isi2 di internet dan lagi teruk sanggup pulak mengaku itu diorang yang punya! chet. Aku berasa sungguh malu sebagai blogger. Aku pun takde la terkenal, tapi tak la pulak sampai mengaku karya aku kalau aku ambil orang punya.
Etika2 dunia internet ni kena la jaga. Jangan korang ingat benda2 hard copy macam buku/journal dll je ada hakcipta. Hakcipta harta intelek masih terpakai walaupun di dunia internet so hati2. Sebaiknya carik idea sendiri. Kalau ambik idea orang sila nyatakan dari siapa dan dimana. Paling kurang pun kalau lupa reference, jangan sampai mengaku korang yang punya kay? Aku pun selalu lupa sumber yang aku ambil. huhu....
Bahasa
Bahasa kena jaga walaupun memang blog korang. Jangan asyik pakai alasan 'blog aku suka hati aku' tapi dalam masa yang sama asyik blogwalking ke blog orang dan paksa orang lain follow korang. 'saya da follow awak, follow saya balik k?' Bukan semua orang suka dipaksa2 follow. Kalau korang lawat blog aku, aku lawat blog korang balik. Kalau berkenan baru aku follow. Kalau tak, sori to say la. Kehkeh.
Jangan menghina, mengutuk, mencarut dan lain2. Blog ni ibarat wakil bagi diri anda di dunia nyata. Like cermin la. Lagipun bukan sekadar benda yang keluar dari mulut ja yang akan dihisab nanti. Semua perkataan dan perbuatan akan dihisab tau~
Kalau boleh tulis dengan bahasa standard. Ini memudahkan orang yang nak baca dan menyenangkan kerja enjin carian seperti google. Lagipun kalau orang nak search, takkan diorang search 'dlm tnds ad antu' kan. mesti diorang search full 'dalam tandas ada hantu'. Ok bab ni memang aku pun tak dapat ikut sepenuhnya lagi.. huhu.
Interface
(pic from here)
Ramai blogger2 yang kurang mengambil kisah dengan paparan blog diorang. Pastikan susunan blog korang disusun kemas, jangan semak2. Ada yang gila beriklan sampai penuh iklan di banner, sidebar, merata2 bersepah. Bersederhana lah. Kalau nak iklan pun biarlah disusun dengan baik supaya tak sakit mata memandang.
Pemilihan warna yang sesuai juga boleh memudahkan pelawat2 yang datang. Pilih kombinasi warna background yang cerah dan warna isi/tulisan yang jelas untuk memudahkan pembacaan. Janganlah kalau b/g hitam, tulisan pun hitam. Macamana nak baca kan.
Ada blog yang pasang lagu yang tak boleh dikawal oleh pelawat. Bayangkan lagu yang sama diulang berpuluh2 kali selagi mana blognya masuh terbuka. Sakit kepala bukan? Apatah lagi kalau buka 10 blog, setiap blog ada lagu masing2. Waa gila crazy jadinya.
Nampaknya setakat ini sahaja lah hamba menulis. letih pula tangan ini terasa.
ececeeeee..semakin matang tulisan abang baser...a big LIKE!!!
ReplyDeleteim so sorry....u talk about plagiarism but i can sense plagiarism activity in ur post......
ReplyDeleterefer this...
http://cekodokpisangs.blogspot.com/2011/02/blog-dan-followerspentingkah.html
uhuh? mane de.. isk
ReplyDelete