Tapi disebabkan si mak rionix ni ada informer yg terel2 maka bliau dapat tau berita itu lebih cepat dari penghantaran fedex. Lalu bliau letak anak dia dalam tempurung, kendian letak atas bumbung. Ntah cemana tetiba angin bertiup atas bumbung lalu menerbangkan si rionix hingga ke tengah laut lalu dihanyutkan ayaq laut dan akhirnya terdampar kat pulau tuh.
Sejak kecik2 agi si rionix ni idup sensorang dengan berdikari. Bliau bekerja sebagai nelayan pesisir pantai kendian menaikkan jawatan bliau jadi nelayan laut dalam. Tp sbb x puas ati jadi nelayan dia naikkan pangkat dia jadi kapten kapal.
Tyme die tengah lepak2 makan nasik sambil tunggu ikan masuk dalam jaring sukarela, tetiba sebuah awan telah jatuh ke atas kapal bliau lalu kapal tuh terbelah dua. Tapi tidak ada orang yang lain cedera atau mati kerana cuma dia seorang yang ada atas kapal. Bliau pun lari laju2 utk mencarik sebarang mende untuk selamatkan diri. Lalu bliau jumpak sebijik sampan dan bliau pun nek sampan tuh utk selamatkan diri. Setelah kapal bliau tenggelam, barulah dia sedar bahawa pendayung tertinggal atas kapal tu.
Disebabkan xde pendayung dia pun lepak2 jela atas sampan tu. Breakfast mkn ikan ngan minum air laut. Petang pun sama. Setelah berminggu2 lepak atas sampan, berita pasal beliau telah masuk dalam tv wonderpet.
Wonderpet ni ada tiga ketul. Seketul berbentuk itik. Lagi satu berbentuk kura2. Sekor agi bentuk macam hamster. Selepas menonton tv sampai abes, si wonder pet yang berbentuk itik berkata “eh, ada orang lemas,” dgn nada yang berlagu. Kata hamster : jugak dengan nada berlagu. “Ye, jangan kita berlengah2 lagi. Mari kita selamatkan dia.” –Kura2 lak kata : “jom2,”
Lalu mereka pun naik kapal mereka yang buleh kuar api kt blkg. Kerana nak cepat, mereka tekan nos supaya kapal diorang lebih laju. Selapas sampai kt tempat kejadian, mereka nampak si Rionix The Little melambai2 sambil berkata “tolong2 selamatkan gue,” Sampan yang dinaiki rionix da masuk air dan hampir tenggelam.
Kata wonderpet yg berbentuk itik : “Sabar2, sabar tuh separuh dari iman. Kitorang nak nyanyi dulu,”. Kendian diorang pun nyanyi.
Wonderpet..
Apa yang penting! Kerja sama..
Apa yang penting! Kerja sama..
Wonderpets! Wonderpets! Kami datang,
Membantu Rionix The Little yang kesusahan,
Kami tak besar dan kami tak kuat, Bila bekerjasama,
Semua jadi mu…-
X sempat diorang nak nyanyi sampai abes, si rionix da tenggelam. Jerit kura2 “Alamak, bodoww ar korang.. kan da tenggelam budak tuh.. buleh duk nyanyi agi” Hamster pun marah “Asal lak.. ko pun ikut nyanyi tadi.. ko pun bodoww ar jgk..” –Itik kata: “dah2 jangan gaduh. Kita kena selamatkan dia skang”
Diorang pun amik tali dan lempar ke tempat rionix lemas “rionix, nah sambut,” rionix pun sambut. Si kura2 cuba tarik rionix tp x larat. Lalu itik pun cakap “ko ni kura, da la lembab, lemah lak tuh. Meh ak tarik,” Tapi tak dapat gak. Sebab nak cover malu si itik suh hamster lak. “wei hamster, ko try tarik tgk. Ak rasa dia tersangkut kt kabel dasar laut la..”
Tapi si hamster pun x dapat gak. Si itik yang mulut xleh blah pun ckp “tu la korang, bodow.. tarik sensorang mana bole. Kita kena kerjasama.. tu pun nak kne ajar ke! Apa yang penting? Kerjasama!” Lalu ketiga2 ekor menatang jadah tu pun tarik bersama2 tp xleh gak sbb si rionix tu da terlepas pegangan tali. Dia da lemas.
“Alamak, dia da lemas.. cemana ni?” kata hamster. “Biarkan jelah dia,” kata kura2. Si itik terus dengan keceluparannya “Bebal ar korang.. ikat la si rionix tu ngan tali pastuh tarik la.. Kura, ko gi ikat si rionix tuh,” geram tul si itik tu ngan kebebalan kengkawannya.
Si kura tu pun gi ikat rionix ngan tali kt leher bliau. Lalu diorang pun tarik sampai ke tepi pantai. Diorang nak wat bantuan pernafasan tp rionix da mati sbb leher terjerut. Si menatang wonder pet tu rasa bersalah sbb da terbunuh orang lalu si hamster mencadangkan diorang bunuh diri utk tebus dosa dgn terjun dalam laut sampai lemas. Itik dan kura stuju. Lalu tiga2 ekor natang tu terjun dalam laut. Si hamster mati lemas tapi kura2 dan itik purak2 lemas sbb diorang pandai berenang.
Tapi hayat diorang x panjang sebab roh rionix x puas ati lalu dia pun bunuh kura2 dan itik dengan menggunakan tali jugak.
Siri wonder pet kemudiannya terpaksa ditamatkan di tv sbb x seswai utk kanak2 krn ada unsur2 mencarut dan pembunuhan. Sial la.
Ak pun xtaw dan x paham apa yg ak merepek ni sbb ak tulis cita ni tyme ak tgh tido. Lantak korang ar nak paham ke x.
No comments:
Post a Comment