Welcome to my blog..

Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.

my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html

buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html

How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html
Showing posts with label kedah. Show all posts
Showing posts with label kedah. Show all posts

07 March 2011

Wanita kebaya merah?

Aku bukannya jenis terlalu penakut atau terlalu berani bila berkaitan dengan kisah2 hantu ni. Aku average je.. bersederhana gitu.
Tapi yang boleh buat jadi risau kalau jumpa hantu ni sebab terkejut je. Bayangkan kalau orang tu sakit2, jenis lemah semangat, lemah jantung ke kalo terkejut, pergh.. buleh bawa maut tu.
Lagi satu orang yang tengah bawa kenderaan.. tak kira la moto lori kereta ke.. terkejut tengok hantu sampai terlibas stereng ha.. tak ke naya.

Antaranya citer pasal hantu kebaya merah sampai kemalangan tu..


- SATU

'Wanita kebaya merah' nyaris bawa maut

Oleh OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@kosmo.com.my

SUNGAI PETANI - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.
Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Chan, 51, kebingungan memikirkan tragedi itu.

Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Chan yang telah berkahwin dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang.

"Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya menaikkan cermin tingkap.

"Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandangnya.


[5 Februari 2009]
 



-DUA

SUNGAI PETANI - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.
ORANG ramai melihat lori yang terjunam jatuh dari Lebuh Raya Utara-Selatan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi, Sungai Petani semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, Mohd. Sobri Shaari, 42, dan kelindannya yang dikenali sebagai Atan, 37, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth.

Menurut Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan Mohd. Sobri berkaitan dengan seorang wanita yang ditemuinya di Bagan Ajam.

"Ketika rancak bercerita, Mohd. Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.

"Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, Mohd. Sobri hilang kawalan menyebabkan lori terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.

Sebelum ini Kosmo! pernah melaporkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terbabas sebelum terbalik ketika cuba mengelak daripada melanggar seorang wanita berkebaya merah yang melintas jalan di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara, berdekatan Sungai Lalang.



[20 April 2009]


- TIGA

MISTERI WANITA BERKEBAYA MERAH DI LEBUHRAYA GURUN, KEDAH
En.Mohd.Fitri tidak menyedari ada imej 'lembaga' berbaju merah di belakang isterinya
di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam

13 Mei 2009, Gurun - Seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas. Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu 'berat' dan beliau ternampak kelibat 'lembaga' semasa berhenti di Padang Besar.

"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.


Gambar ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan
dekat Gurun tidak lama selepas imej 'wanita berbaju merah' itu kelihatan

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

"Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu," ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. "Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang," ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun.

Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu.


~ Tapi kita kena ingat, semua makhluk tidak dapat berbuat apa2 tanpa izin Allah.
~ Aku ada lagi pengalaman seram lain tapi malas nak tulis plak.

Ref :
http://syahrilkadir.wordpress.com/2009/05/20/hantu-wanita-berkebaya-merah-berkeliaran-di-lebuh-raya/
http://5sal13.blogspot.com/2009/04/misteri-wanita-berkebaya-merah.html
http://kedah2u.com/angker/wanita-berkebaya-merah.html

06 March 2011

Makcik & Tong Gas yang Seram

Korang pernah dengar cerita hantu pasal seorang mak cik dan tong gas? Meh aku cerita.

Jeng jeng jeng.. Kejadian berlaku pada tahun 2006 di Kedah.

Dulu lepas SPM bosan2 lepak aku pun cuba2 la carik kerja.. Dan dapat la aku kerja di satu kompeni ni, aku masuk bahagian marketing..
Kerja aku ni memang penat sikit sebab terpaksa banyak berjalan.. Kadang2 kitorang jalan sampai ke Perancis (Ok dah tipu sangat) tapi tak apa la kan sebab kata orang tua-tua.. jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman..

Tapi dalam banyak-banyak pengalaman tu, macam biasalah kat dunia ni ada yang best, ada pulak yang tak best..

Nak dijadikan cerita, satu hari aku dan lg sorang brader, nama dia Shah, kiranya kami dua orang la kne kuar ke satu kawasan ni.. kat area2 kedah jugak. Aku tak ingat lokasi secara spesifik tapi lebih kurang kawasan antara Yan ke Jemerlang. Maka dengan berbekalkan kereta Nissan Frontier, kami pun bertolak.

Disebabkan kami kena meng'explore' semua kawasan disitu maka kami pun masuklah ke satu jalan kampung ni. Jalannya taklah besar sangat, muat untuk satu kereta jek. Kalau dua kereta kecil nak lalu pun terpaksa berhimpit lah. Tiba2 kitorang ternampak sorang makcik ni, umur dalam 50 lebih. Sebelah dia ada budak kecik dalam lingkungan 10 tahun, maybe anak atau cucu makcik tu.

gambar sekadar hiasan. source : raydrevil


Mak cik tu tengah tarik tong gas dalam hujan. Masa tu ada hujan sikit, tapi taklah lebat sangat, hujan renyai-renyai camtu je. Kitorang pun macam kecian la pulak tengok makcik tu tarik tong gas tengah2 hujan..
So kitorang pun apa lagi.. sebagai generasi pemimpin masa hadapan kami dengan hensemnya meng'offer a ride kat mak cik tu.. (pergh bersepah bahasa)
Tapi makcik tu menolak dengan baik.
"Takpe lah nak.. dah dekat dah ni,"

Lepas 2-3 kali pujuk namun makcik tu still menolak, so kitorang pun taknak lah paksa2 orang. Kitorang pun jalan la. Disebabkan depan macam dah takde apa2 lagi, kitorang pun nak berpatah balik. Brader Shah pun nak membuat pusingan 3 penjuru utk berpatah balik. (U know.. belok ke kanan, gostan, patah balik, macam amik lesen keta tu)
 

Baru je Shah membelok ke kanan tiba2 dia cakap kat aku - "Eh mana makcik tadi tu pergi?"

"Dah sampai rumah agaknya," jawab aku selepas tengok makcik tu tiada di jalan tadi.

"Oh.. takpelah kalo camtu."

Lepas tu dia pun mendiamkan diri. Aku pun ikut diam lah kan.
Shah pun bawak kereta keluar ke jalan besar. Dalam 100 meter selepas keluar dari simpang jalan kampung tadi Shah pun berhentikan kereta kat tepi jalan.

"Kau tahu kenapa aku tanya pasal makcik tadi tu?" tanya Shah.

"Tak, apesal?"

"Masa aku belok nak patah balik tadi, aku tengok makcik tu dah tak ada,"

"Dia dah sampai rumah la kot," Jawab aku.

"Tak mungkin.. Sebab sebelum aku belok tadi, aku tengok cermin pandang belakang. Masa tu Makcik tu ada lagi, tengah tarik tong gas.
"Tapi bila aku belok je, mak cik tu dah takde.. Takkan dia boleh hilang sekelip mata je,"


gambar hiasan

Aku yang mendengar terus jadi seram. Kalau ada orang boleh ilang tetiba tu dah jadi cerita lain dah. Tapi bila fikir2 balik, makcik tu memang pelik. Bayangkan seorang makcik jalan dengan sorang budak kecil, sambil bawak tong gas, ditengah hari dalam hujan pulak tu.. Di jalan yang tak ada orang.. Fuh..

Sampai sekarang aku masih rasa seram sejuk bila terfikir pasal cerita tu. Tapi nasib baiklah tak jadi apa2 lepas tu. Bayangkan kalau time patah balik tu ada tong gas tengah melayang terbang ikut belakang kereta.. Pergh, dapat gas memasak free tuh.

Kami membuat kesimpulan barangkali makcik tu sengaja nak menguji kami yang mengembara ni (ewah.. pengembara la pulak). Disebabkan kitorang offer makcik tu tumpang, maka mungkin makcik tu ingat 'ohh.. baik budaknya diorang ni'
So kitorang pun lulus ujian.

Mungkin makcik tu manusia tapi kitorang yang tersilap perasan, atau mungkin jugak bukan manusia.
Wallahualam.

~ cerita ni adalah pengalaman sebenar aku dan syah. gambar2 atas ni hiasan je beb.

Blog Exchange