
Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung 00. Good Job meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berakhir pada 03:42 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.
Bersama dengan persekutuan "NRNS-NE®", "-DiVa-" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "-DiVa-" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!
"FueledByKai" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "Vista" dan "Centrino".
"Vista" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"-DiVa-" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pintu masuk dan melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.
Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir. Bagi nama nama di atas dan pemegang WW, sila e-mel ke admin@travian.com.my untuk mendapatkan gelaran di forum.travian.com.my.
Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda
-------
Akhinya.. da bole rehat..
Berikut gambar2 yg di snap







No comments:
Post a Comment