Welcome to my blog..

Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.

my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html

buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html

How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html

18 April 2010

Finding Memo di UMP (samb)

Untuk makluman semua, pihak PTMK telah mengariskan dan menetapkan satu garis panduaan mengenai penggunaan aplikasi memo. Berikut adalah garis panduan yang telah ditetapkan :

GARIS PANDUAN: PENGGUNAAN MEMO GP.BAPS.PTMK(01)

3.1.1. APLIKASI MEMO

3.1.1.2. Akaun memo hendaklah digunakan bagi tujuan urusan rasmi antara jabatan (maximum group to atau cc terhad kepada 3 jabatan. Jika penghantaran melebihi had yang ditetapkan, maka penggunaan sistem ’Announcement Board’ digalakkan) yang berkaitan dengan tugas rasmi seseorang staf Universiti. Pengguna adalah dilarang daripada menggunakan akaun milik orang lain atau akaun yang dikongsi bersama. Sebarang urusan tidak rasmi hendaklah disampaikan dengan menggunakan saluran e-mail.

3.1.1.4 Sebarang bentuk pemakluman, iklan, promosi, jemputan dan sebagainya yang melibatkan sebahagian besar pengguna adalah tidak dibenarkan sama sekali menggunakan aplikasi memo. Bagi tujuan seperti tersebut pengguna perlulah menggunakan aplikasi announcement yang telah disediakan.

3.1.5. PENGGUNAAN BAHASA

3.1.5.1. Semua mesej / maklumat yang disampaikan melalui aplikasi memo hendaklah menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang ‘standard’.

3.1.5.3. Maklumat-maklumat yang berunsur hasutan, cacian ataupun yang boleh menimbulkan syak wasangka/perselisihan dikalangan pengguna juga adalah dilarang sama sekali.

3.1.7. KEINGKARAN PERLANGGARAN

3.1.7.1 Sebarang bentuk memo yang melanggari garis panduan ini akan dihapuskan oleh pentadbir sistem tanpa sebarang pemakluman.

3.1.7.2 Sekiranya berlaku sebarang keingkaran/perlanggaran terhadap garis panduan ini, pengguan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

4.0 MAKLUMAT TAMBAHAN

Pengguna bertanggungjawab dalam mematuhi tatacara penggunaan memo. Antara perkara-perkara yang dilarang dan perlu dielakkan dalam penggunaan memo adalah seperti berikut:

a. Membuat objek/teks bergerak pada laman memo (Marquee Text).

b. Memaparkan imej bergambar dengan cara melaksanakan pautan url secara automatik (Execute URL Image) dalam kotak mesej memo.

c. Membuat sebarang promosi yang tidak sepatutnya diiklankan dalam memo rasmi (cth: iklan topup hset, pembelian barangan, dan sebagainya yang difikirkan tidak sewajarnya).

d. Pengguna perlu memastikan agar memo yang dikirim tidak mengandungi unsur-unsur sensitif, khianat, lepas geram, dan sebagainya.

e. Penggunaan font yang agak menonjol (impress) dan bersaiz besar tidak digalakkan KECUALI penekanan(bold) kepada tajuk atau sub-tajuk penting sahaja supaya menampakkan perbezaan antara isi dan tajuk.

Akaun memo hendaklah digunakan bagi TUJUAN RASMI dan bukanya untuk tujuan peribadi. Diharapkan mahasiswa UMP peka akan perkara ini dan kejadian-kejadian seperti pengulangan memo tidak lagi berlaku.

Harap Maklum

No comments:

Post a Comment

Blog Exchange