Untuk bacaan dewasa. Kanak2 harus dalam pengawasan orang dewasa apabila membaca entri ini.
>> oleh : rionix
Gambang, 20 Oktober : Ini adalah resit hasil dari pembakaran duit 20sen sebanyak 2 keping ke dalam alat pengukur tinggi dan berat (atau jisim). Lokasi mesin pengukur tinggi dan berat tersebut adalah di sebuah pasaraya yang agak dikenali. bukan terkenal sangat pun.
Unit ukuran adalah dalam metrik, iaitu sentimeter,cm dan kilogram,kg.
Seperti yang anda boleh lihat pada paparan skrin, kawasan berwarna hijau adalah kawasan rumput2 tumbuh meliar yang juga mewakili nama samaran bagi tuan punya resit tersebut.
Manakala kawasan biru pula mewakili kedudukan peserta2 mengikut ketinggian. Peserta BASIR (bukan nama sebenar) mendapat tempat keempat dari lapan peserta. Ini bermakna beliau tidak mendapat sebarang medal berunsur emas, perak, gangsa, kuprum, ferum, aluminium, merkuri atau benda2 lain.
"Saya bersyukur kerana tidak berada di tempat kelapan kerana saya akan menjadi orang yang paling pendek di rumah saya," kata beliau ketika ditemuramah.
Bagaimanapun beliau masih kurang berpuas hati dengan berat beliau yang cuma 52.9 kg.
Tempat kelima pula dimenangi oleh peserta IJJAD (juga bukan nama sebenar) dengan ketinggian cuma kurang 0.5cm berbanding peserta diatasnya.
~ ringan kan peserta nombor 4 tu? sebelum puasa dulu cuma 50kg je.. skang da naik..
No comments:
Post a Comment