Welcome to my blog..

Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.

my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html

buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html

How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html

03 May 2009

Blogger UMP

Tadi ak masuk site blogger UMP
http://blogger-ump.blogspot.com/

Pastu aku terbaca ni

Top Blogger (Penyumbang Trafik)

1. http://cekodokpisangs.blogspot.com/
2. http://bobbydeowl.blogspot.com/
3. http://generasi-malaysia.blogspot.com/
4. http://prosperousunderstanding.blogspot.com/
5. http://uchuaki_uyom.rumahpanjai.com/
6. http://zubudacutes.blogspot.com/
7. http://bdfabregas.blogspot.com/
8. http://akusimeleper.blogspot.com/
9. http://www.rionix88.blogspot.com/
10. http://gempakgile.blogspot.com/

*Data diambil dari 20-26 April

Arrrkkk?? Baru aku sedar nama aku tersenarai kat top 10 blogger ump. mewah gilak aku camni. Kalau la sorang masuk blok aku ni masuk wet seribu ringgit sorang kan haku dah kaya. musti haku da bli mesing ATM pasang kat bilik haku. pastu tetiap ari cucuk wet seribu kat bilik jak. xyah susah2 jalan kaki. Pastu upah budak kafe tu datang antar makanan tetiap ari kt umah aku. Upah lecterer datang ngajar kt umah. Haiyaaa!! Manyak sinang lor wa punya kilija.

Tapi.. tapi.. kenapa aku cuma no 9 ??? 9 tu no yg x ong (x bertuah) bagi aku lol. No bertuah ak cuma no 1 jek. haiz...
sejak dari skola agi.. sume keputusan peksa, ujian, ID UPSR, PMR, SPM, No matrik, dan len2 sume ada no 1.
isk2. xpe2.. ak pasrah je..

exam week dlu x sempat nak updet blok.. so skang ni ak free ak updet la..
sori yek sume peminat2 haku.. muah3.. sayang korang..

02 May 2009

Aku dan Pokemon



Aritu ak tgk anime pokemon. Malam time exam week. Besa la kan.. nak release tensen.. (ye la sgt..)

Datang sorang kawan ak dan cakap "x bek tgk pokemon ni.. sbb maksud nama2 pokemon tu.."
Ak rasa ak paham apa yg die nak sampaikan. Ak pernah gak terjumpa risalah2 yg cakap pasal nama pokemon ni.

contohnya:
POKEMON - saya yahudi
CHARMANDER - ALLAH itu lemah... (SUBHANALLAH!)
PIKACHU - jadilah seorang yahudi..

Mende2 camni buatkan ak terasa nak sebut Double-U Tee EFFF!!!

Aiyah.. ntahlah dari mana sumber diorang dapat.. ntah btul ntahkan tidak..
Kalau btul pun mayb kebetulan..

Pikachu : The name is a portmanteau of the Japanese words pikapika, an onomatopoeia for electric sparkling, and chū, which is the Japanese onomatopoeia for a mouse's squeak.

Charmander : Nama dalam bahasa jepun dier : Hitokage, makna dier "fire lizard". Tuka ke BI jadi Charmander : "char" dan "salamander."

Pokemon : misti la makna dia pocket monster?

Kpd yg mandai2 wat kenyataan tu dia punya pasal la. Kalau makna tu betul, betullah. Kalau salah, tanggung la dosa wat fitnah.

WTH. Kalau tetiba nama rionix dalam bahasa alien maknanye "aku israel"... pastu sumer boikot aku.. "nama die ni maksud xbek.. ni agenda tersembunyi ni.."
OK. GTH la lu 5B. (5B tu ape pandai2 la carik makna dier.)

Masalahnya utama yang ak nak citer ni sebenarnya kita ni cepat betul percaya ngan khabar2 angin. Kita sendri pun kenkadang xtaw btul ke x, janji caya je. Hentam je. Langsung xwat kajian, research.. carik sumber2 yang boleh dipercayai.. pastu baru la nak wat kesimpulan paper pun.

Espesyelly bab politik. Sembang kat kedai makan cukup sedap. Orang nu kata macam tu. Orang ni kata macam ni. Semua dengan sumber masing2 yang kononnya betul padahal yang bercerita sendri pun dengar citer dari orang je. Yang mendengar pulak terjojol bijik mata dan trus percaya. Kagum dengan kehebatan si pencerita. Alahai.

Lalu lahirlah budaya fitnah memfitnah. Bohong membohong. Dapatlah generasi yang suka bercerita.. cerita palsu.. xde dalil yang kuat. xde sumber yang sah. xde pemikiran yang rasional. Yang penting parti yang aku suka ak puji abes2an. Yang aku x suka aku kutuk kaw2. Betul ke tak tu belakang kira. Fitnah x fitnah haku peduli ape. janji hati aku puas. nafsu aku bebas.

Ada akal pikir. Selagi engkau mampu.
Ikut nafsu lesu. Ikut hati mati. Ikut rasa binasa.

21 April 2009

Kucingku Aki

Intoxicated - Kucingku Aki



Ku ada seekor kucing
Namanya Aki
Namanya Aki
Malam tadi, Aki dilanggar lori
Ibuku kata Aki takkan kembali
Kerana kucingku aki telahpun mati...

(chorus)
Ku nak dia kembali
Ku nak dia kembali
Ku nak dia kembali
Kucingku Aki

Oh kenapa Aki
Kenapa kau lari
Kini kau tinggalkan aku seorang diri
Semua orang pun kata cari yang baru
Untuk melupakan sedih dan pilu

(chorus)

(chorus)

Ku kutip bangkainya
Di jalan raya
Badan kecil molek tak bermaya
Ku simpan bangkainya di dalam peti
Sebagai kenangan di dalam hati..

(chorus)

Tak kisah matanya dah hilang
Tak kisah dia tinggal tulang
Biarpun otaknya berkecai

Ku nak dia
Ku nak dia kembali
Kucingku Aki...

rionix ~ kepada kucing yg pernah ak terbunuh dulu, ak mtk mahap.. ak x sengaja.. haha~

20 April 2009

Awek...

Awak..
Saya tau awak x sempurna..
Saya tau..
Sebab saya sendiri pun x..
Tapi sampai bila saya nak guna alasan x sempurna tu
Sebab tu la saya nak awak jadi lebih baik
Supaya hari esok lebih baik dari arini

Awek saya lambat
Saya tau.. ramai yang cakap..
Mayb awak xtau
Tapi saya tau awak mesti sedih kalau awak tau..
xpe2 nnt awak laju la..
sabar ek..

Awek saya x cukup cerah..
Saya sendri pun rasa camtu..
Tp awak jgn bimbang..
Saya bukan nak buang awak..
Awak x cerah pun saya syg awak jgk..
Kalau awak cerah lagi la saya syg..

Awak kecik..
memang pun..
jgn risau..
cuti sem ni saya balik umah..
Saya bli hard disk baru supaya hd awak lebih besar ek..
Pastu nak bli monitor baru.. supaya cerah sket..
Monitor ni da gelap la..
Kalau awak lambat nnt saya bli mobo baru..
pastu tambah ram.. processor baru..
mesti awak laju kaw2 nyer..

Ahak3.. ntah pape la..
Sok da nak exam la rionix.. Buleh agi buang masa camni..
Fail kang baru padan muka..

rionix ~ asal ak rasa mcm ada agi seminggu stadi week?

16 April 2009

Tipu Tapi Benar

Tipu Tapi Benar ...... _._ ... .._ .. . (apesal byk sgt titik ni? Igt kod morse ke hape?)
Pelik sikit tajuk aku ni kan. Nanti ak citer.

Fersly, haku nak mintak sori kpd peminat2 haku sbb lama x meng-apdet blok ni. da malas skang. kije pun byk. (padahal byk tido. adoi...) Ak tulis ni skang pun sambil stadi trapik. Seblah mata tgk moniter, seblah agi tgk nota. Bagai sireh pulang ke gangbang (ke gambang?). Mana satu ejaan betul ni? Lantak ah.

Penah tak korang dengar cte2 camni. Arini orang tu cakap korang bijak.. "Pandai la awak.. Bestnye dapat kawan mcm awak..."
Pastu esoknya dia ckp korang bangang lak. "Bodow ar ko.. bangang, #$%^, %*^$, ******, s###, dan macam2 agi,". Perkataan lain tu ak tambah je sebagai penghangat telinga time sejuk2 malam ni. Hentikan bacaan korang sampai kat perkataan "ko.." tu je.

Pernah tak korang terfikir kebenaran kata2 dia tu? Kalau dia puji mesti korang sronok kan? "Alah.. mana de pandai.. saya biasa2 jek.." Padahal dalam ati da sronok gila bab*. Happy sesangat sampai rasa mcm nak tendang je dinding hostel tingkat 3 tu pastu nak terjun laju2. Kan? Kan? Ok.. ak guna bahasa hiperbolics. xde la sampai terjun lelaju2. terjun slow2 je kut.
Tapi ble diorang kata korang bodow musti korang marah kan? "Sape bodoh? Hah? Hah? Ko ingat ko tu pandai sangat ke hah?" Rasa mcm nak bagi 3 bijik of penerajang je kat muka dia. Biar dia masuk rumah sakit jiwa sbb otak bergegar kne tendang. Padahal sebelum tu korang purak2 rendah diri la kononnya. x pandai sangat la konon. Korang bole lak ngaku x pandai tyme purak2 rendah diri tuh.

Tapi kedua-duanya benar. Memang korang pandai. Memang korang bodoh. Korang hensem. Dalam masa yg sama gak korang x hensem. Comel. x comel. baik. kuat. pemurah. kurang baik. lemah. tinggi. kedekut. pendek. semuanya boleh berlaku dalam masa yang sama.
Percaya x? Percaya jelah. (Ataupun dalam bahasa tamil disebut - Believeeedt owr nod? Jazz believeeedt..)

Carik kebenaran dalam setiap kata2 mereka. Sedangkan seorang pencuri, andai dia berkata benar maka korang perlu membenarkannya. Kalau x, korang telah berdusta. Bukankah begitu?

So masihkah korang patut marah andai mereka berkata benar? Mungkin. Mungkin x. "Benar rupanya kata mereka.. rupanya aku ni kurang bijak," Ya. Katakan ya kepada kebenaran.

Tapi dapatkah korang melihat kebenaran dalam kata2 mereka? Kebiasaannya manusia akan memilih kemungkinan terburuk untuk membuat kesimpulan. Misalnya kalau dikejar pembunuh, otak akan membuat analisa dan menghantar mesej kepada anda "Matilah ak.. Abesla ak.."
Kalau kawan korang puji korang dengan ayat yang boleh membawa 2 maksud... - (ni dia puji ke kutuk ak ni? mesti tgh kutuk ni.. aiii... rasa mcm nak back hand je dia ni..)
Kenapa camtu? sebab korang suka wat kesimpulan negatif dgn memikirkan kemungkinan terburuk. Korang x cuba fahami org lain. X cuba utk menerima pemikiran yang berbeza dari korang. X cuba utk berfikir dengan jelas kejujuran dan keikhlasan mereka.

Fahami orang lain. Mereka juga punyai perasaan seperti korang. Malah mungkin lebih sensitif dari korang. Lebih mudah terluka. Jangan ingat korang je perlu difahami.

Tunaikan hak oraaang lain (oraaang sengaja dipanjangkan untuk membawa maksud jamak). Lebih baik kalau korang tunai hak tanpa tuntut hak. Bantu insan lain dan halalkan bantuan anda. x perlu mintak balasan. x perlu ungkit2.

Akhir kata.. kadangkala kita ingat orang tengah berdusta, tgh mempermainkan korang.. tapi, cuba korang fikir dari sudut berbeza.. mungkin korang akan jumpa kejujuran.. kebenaran dalam "penipuan taksiran" korang..


Katun Punishiyou - Tipu2 pun idung jadi panjang.

rionix ~ aku sedang cuba memahami. cuba mengerti. kenali ak. juga kenali mereka. -taaruf, tafahum, takafur..

12 April 2009

Aku yang Kecewa

Ak kecewa.. ntah lar.. ak sndri pun x berapa pasti dengan apa dan siapa yg ak kecewa.. mayb sbb byk sgt reasons..

Kecewa dgn manusia bila xleh nak amik berat pasal diorang dan disuruh jaga tepi kain sndri..
Kecewa dgn mereka yg ingin difahami oleh orang lain tp x pernah cuba utk memahami orang lain..
Kecewa ble diorang nak orang lain jadi sejibik cam diorang sbb ak xleh.. sbb manusia berbeza..
Kecewa ngan diri sndri yang malas stadi..
Kecewa ngan beberapa kerat org islam yg saje2 nak jatuhkan maruah islam..
Kecewa ngan skype yg mengong..
Kecewa ngan kapasiti hard disk ak yang semakin mengecil.. cemana nk donlod muvi ni.. nak bli hd baru 1Tb lah camni..
Kecewa ngan komputer murah ni.. rasa mcm nak tampar je.. tp ak tawu komp x dpt rasa saket.. org yg jual komp ni la yg punya angkara..
Kecewa ble ramai manusia yg hanya tahu menuntut hak tp x sanggup nak tunaikan hak owang laen..
Kecewa dan sedih..
ntah lar..

rionix ~ kecewa2 gak.. tp xde la sampai nak bunuh diri..

11 April 2009

Explaination

Skang ni pun ak tengah berpikir2 patut ke ak wat pos ni arini. Patut ke? Perlu ke? Mungkin. Sebab banyak salah paham yang berlaku. Ak sndri pun x sangka keadaan leh jadi camni. Bukan niat ak nak menghancurkan ati sesiapa. Aku x sekejam itu. Sebab ak tahu korang ada perasaan. Ak pun ada perasaan. Korang punya ego, ak juga punya ego. Tapi kadangkala demi keharmonian, biarlah aku yang mengalah. Ak rela. Andai itu mampu menjernihkan suasana.

Ak dah cuba buat yang terbaik. Cuba menjadi insan yang paling jujur berbanding diri ak yang sebelum ni. Tapi mungkin semua usaha ak x pernah dihargai. Ak tahu itu. Aku masih lagi diragui. Ak still dituduh menipu. Penipu. Pembohong. Tapi xpe. Kepercayaan bukannya perkara yang boleh ak dapatkan dengan mudah. Ianya perkara yang mahal. hen gui. Lagipun apa yang ak buat ni bukan utk siapa2. Ak buat utk diri sendiri. Ak buat kerana Allah. Biarlah mereka menuduh ak menipu. Hatta seluruh dunia sekalipun. Ak x marah. Ak x layak untuk marah. Asalkan ak tahu ak telah berlaku jujur. Jujur pada diri sendiri. Jujur pada orang lain. Agaknyalah...

Ak jgk selalu disalah faham. Tapi ak x mampu nak marah. Sebab ak tahu, mereka manusia. Ak pun sendiri manusia. Malah dalam persahabatan terutuh pun boleh berlaku salah faham. Inikan pula insan yang baru ak kenali. Baru lagi. Mungkin setahun. Mungkin dua tahun. Itu bukanlah tempoh yang lama untuk memahami.

Andai mereka ckp : "Kitakan kawan.." Lalu ak jawab "Sejak bila kau jadi kawan ak?"
Mungkin mereka akan menganggap ak x mengaku kawan. Tapi mengertilah, ak sentiasa menganggap korang kawan. Ak cuma ingin mengetahui sejak bilakah persahabatan itu terbina.

Andai engkau bersedih.. Lalu ak mengatakan "Perlukah ak turut bersedih?", bukanlah ak ingin mempermainkan kamu. Jauh sekali untuk melukakan hati seorang kawan. Tapi ak cuma ingin mengetahui adakah engkau akan bahagia dengan melihat ak bersedih? Tahukah engkau bahawa ak turut berduka? Tapi andainya ak turut bersedih akan membuatmu lebih sedih dan terluka, ak pasti akan berusaha untuk gembira dihadapanmu. Biarlah batinku sahaja yang menangis bersamamu. Ak sudi. Kerana aku ingin menjadi seorang sahabat yang baik.

Lagipun bukankan engkau selalu berkata2 bahawa engkau akan bahagia apabila melihat kawan engkau bahagia? Lalu adakan kau akan bahagia hari ini andainya ak juga turut berduka? Ak cuma harapkan kebahagiaanmu sahabat...

Pernah mereka bertanya kepadaku "Engkau derma ni ikhlas ke x?" "Engkau bagi kt ak ni ikhlas ke x?" "Engkau belanja.. engkau senyum.. engkau bersedih.. engkau puji.. dan engkau itu engkau ini... ikhlas?"
Tentunya ak x berani nak jawab ikhlas ke x. Kerana ak sendri x tahu. Andai ak kata ak ikhlas, atas kayu ukur siapa? Betul ke ak benar2 ikhlas? Andai ak kata ak x ikhlas, siapa ak untuk mendarjatkan keikhlasan? Adakah korang akan terima pemberian ak kalau ak kata ak ikhlas atau x ikhlas? Ak serahkan kepada Allah untuk menilai keikhlasan ak. Andai benar2 ak ikhlas, Alhamdulillah. Kalau tidak, ak mohon ampun dan maaf. Semoga Allah memakaikan ak dengan pakaian keikhlasan.

"aku xsangka la cmni ang sbenanye" kata mereka.
Mungkin ak dapat meneka maksudnya. ak tahu. mungkin dia anggap ak jahat. tp mungkin jgk selama ni dia anggap ak jahat, rupa2nya baru dia tahu ak sebenarnya tak.
Ayat tersebut boleh ditafsirkan dengan pelbagai makna. Tapi ak xske tafsir suka2 ati. Nnt akan berlaku salah faham. Bukan caraku utk terus menuduh. Lalu ak akan meminta penjelasan. Setelah penjelasan itu memuaskan ati, barulah ak akan wat keputusan. Dan keputusan itu adalah jawapan kepada soalan ak di perenggan pertama. Ya, ak perlu buat penjelasan untuk mengelakkan salah faham berterusan.

Kepada mrk yg dimaksudkan, ak mintak maaf andainya korang terluka dengan kenyataan ak. Biarpun ak sendiri terluka, ak rela mintak maaf demi sebuah persahabatan..

Itu je kut yg ak nak tulis. Ak da x dpt nak tulis sbb mata ak da basah ngan air mata. x bole tahan dah. Nk pegi basuh muka.

Blog Exchange