Welcome to my blog..

Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.

my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html

buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html

How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html

25 May 2010

travian my4

Para pemain Travian yang dikasihi,

Setiap yang bermula pasti akan berakhir, begitu juga zaman ini. Sebaik sahaja Raja Sulaiman diberikan cincin, terukir diatasnya pesanan yang boleh mengambil semua kegembiraan dan kesedihan di dunia ini. Oleh itu, adalah sesuatu yang menggembirakan dan menyedihkan untuk kami mengumumkan yang dunia Travian ini juga sudah berlalu!

Keputusan: Matahari sudah lama terbenam, tetapi para pekerja kampung WW@LLZoMBieWTLGTR-RK meneruskan kerja mereka dalam kedinginan malam, tanpa menghiraukan musuh yang tidak terkira yang sedang mara untuk menghancurkan segala usaha yang telah dicurahkan, mengetahui yang mereka sedang berlumba dengan masa dan ancaman terbesar dalam hidup mereka. Akhirnya, segala onak duri berakhir pada 18:48 selepas seorang pekerja meletakkan batu terakhir pada apa yang disifatkan sebagai ciptaan terbaik dan termasyur yang pernah wujud dalam sejarah sejak kejatuhan Puak Natar.

Bersama dengan persekutuan "~ZoMBie~", "Kerapu Kacak" merupakan orang pertama yang berjaya menyiapkan Keajaiban Dunia, menggunakan berjuta-juta sumber dan juga melindunginya dengan beratus-ratus ribu askar yang gagah dan berani. Oleh itu, "Kerapu Kacak" menerima gelaran "Pemenang Era Ini"!

"melissa" merupakan pemerintah empayar peribadi yang terbesar, diikuti oleh "papito" dan "gadisjawa".
"LadyBird" ialah penyerang paling gagah dan terkuat pada zaman ini, komander yang paling menakutkan.
"Kerapu Kacak" ialah pembela yang cemerlang, membunuh musuh-musuhnya di pintu masuk dan melumurkan kawasan sekeliling kampungnya dengan darah mereka.

Kami berharap anda menikmati masa gembira seperti mana kami menikmati masa melayani pemain pemain dan syabas kami ucapkan kepada pemain pemain yang bertahan sehingga akhir. Bagi nama nama di atas dan pemegang WW, sila e-mel ke admin@travian.com.my untuk mendapatkan gelaran di forum.travian.com.my.

Tulus Ikhlas,
Pasukan Travian Anda

Tahniah kpd zombie sbb menang ww. kpd wtl gak.
Banyak pahit manis main travian my4 ni.. kalau compile bole buat cerita. Filem pearl harbor pun xleh lawan.
Jumpa kawan2, dikhianati, diberi kepercayaan, dituduh spy, dan macam2. Tapi last2 menang gak.
huhu

gantz

rionix

21 May 2010

Kelebihan AUKU



Antara kelebihan AUKU ialah :

Pelajar dilarang sama sekali bercakap tentang politik hatta berfikir sekalipun namun diwajibkan mengundi.
Dalam bahasa simple, "Lu xyah pikir pakai otak, just undi kerajaan sudah."

Pelajar universiti yang terlalu banyak berfikir akan menyusahkan kerajaan sebab pelajar2 yang terlalu intelek akan nampak banyak sangat kepincangan dalam kerajaan.
Jadi, kerja senang, kita tutup mulut diorang.

AUKU juga membolehkan pelajar2 yang menyokong kerajaan masuk paper dengan kepujian dan pelajar yang menyokong pembangkang masuk mahkamah dengan label2 hina.

Kesimpulannya, whatever.
Kesimpulan 2 : AUKU adalah diskriminasi.
Kesimpulan 3 : Kerajaan is full of bullshit

-------------------

Boy: Dad, what's politics?

Dad: Let me set an example with our family. I have all the money so we'll call me the management. Mom receives most of it so we'll call her the government. We'll call the maid the working class, you are the people, and your baby brother is the future. Do you understand now son?

Boy: I still don't understand dad.

Dad: Think about it for a while son.

That night the boy wakes up because his baby brother is crying. He goes in and finds out he's soiled his diapers. He goes to tell his mom but she's asleep he goes in to the maids room but she's in there having sex with his dad. He bangs on the door but no one can here him.

The next day...

Son: Dad I understand politics now.

Dad: Good, explain it to me in your own words son.

Son: The management is screwing the working class while the government's fast asleep. The people are being ignored and the future is full of SHIT!

---------

http://www.comedy-zone.net/jokes/laugh/politics/pol2.htm
http://www.jerit.org/index.php?option=com_content&task=view&id=35&Itemid=48
http://bm.bersih.org/?p=2241
http://mansuhkanauku.wordpress.com/perjuangan-gmma/
http://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Universiti_dan_Kolej_Universiti_1971

16 May 2010

Hari cikgu



Selamat hari cikgu utk sume cikgu-cikgi kt Tabika Kemas Kg Haji Wahab, SKSP1, SKSP2, cikgu kelas kafa, SMKKJ, ASTECH, KMP, UMP, cikgu2 tuisyen, dan lain2.

Ucapan kepada sorang cikgu sekolah rendah aku yang tak bagi aku keluar pi tandas sampai berlaku kejadian yang tak diingini, skang budak yg ko tak bg pi tandas tu dah masuk U.

Ucapan kepada cikgu bi ak yg susun kedudukan pelajar mengikut markah bi dan tempat ak kt belakang kelas, skang budak yang dapat bi paling rendah dalam kelas tu dah terer bi. Dah boleh tengok cita omputeh walopon xde subtitle. Dah boleh mencarut2 bullshit dalam bahasa inggeris.

Kepada anak cikgu aku yang curik buku teks aku time skola rendah (walopon da pulangkan), apa kabar ko skang?

Kepada cikgu sek kj yg percaya kt ak time spot check black metal, mekasih.

Kepada cikgu akmal yg ajar ak smpi aku pandai math tamb, mekasih gak.

Dan semua cikgu. terima kasih.

14 May 2010

Zaman berzaman

Zaman remaja abang aku

Itu zaman nasyid. Raihan populer time tu. Abg aku siap ada kaset2 nasyid. Aku time tu kecik agi. tapi buleh la hapai sikit2 lagu raihan.


Raihan

Zaman remaja aku

Ni zaman hip hop. Lagu2 aku dengar punya misti ada elemen2 hiphop bagai.. mau rapping2, scratching2.. kalau cakap pun tangan mau kuar gaya2 macam tgh rapping.. mmg xleh duk senyap punya.
Kalau stakat lagu too phat alhamdulillah tu da hapal da. ahli fikir tu da dengar hari2.
Nak break dance? eh celah jari je tu. kalau tang kepala kot bawah kaki atas da macam senaman harian. (ok tipu)


Scratching.

Zaman remaja adik aku

Ni aku xtaw zaman lagu pa. Agaknya zaman muzik yang makin pening kepala. ataupun dipanggil techno.
Tarian plak adalah senaman ala2 poco-poco versi hangguk kepala yang diberi nama shuffle. Atau macam korang sekolah dulu ada senaman lari setempat. Ha.. macam tu la lebih kurang.
Sekali pandang nampak mcm orang gila tengah lari setempat sambil hangguk . Kali kedua pandang, komfem gila.
siyesly ak x paham tarian cenggitu.


Shuffle

12 May 2010

Creativity is unlimited


Untuk berkarya kreatif sebenarnya tidak perlu untuk berada di atas satu garisan yang sama. Kerana hasilnya nanti cuma sama, tiada beza. tiada nilai sendiri. tiada kepuasan.

Ibarat sebuah filem yang berjaya, lalu filem2 lain terpengaruh untuk meniru. Jalan cerita lalunya menjadi sama. konsepnya juga sama. Natijahnya, penonton akan menjadi bosan.

Maka perlu ada seseorang untuk keluar dari kepompong itu. Kerana kreativiti itu luas. Skopnya besar. cabangnya banyak.

Sedangkan contengan kanak2 kecik boleh menjadi hasil seni yang hebat.

08 May 2010

V3: Samseng Jalanan [2010]. Siriusly Merepek



PengarahFarid Kamil[1]
Syarikat penerbitanMetowealth Movie Production
PenerbitDavid Teo
PengarangFarid Kamil
PengisahFarid Kamil
Shoffi Jikan
LakonanFarid Kamil
Bront Palare
Aqasha
Lisa Surihani
Intan Ladyana

Plot

REMP-IT V3 memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka. Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju. Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.

Komen aku :

Sila baca dengan penuh perasaan. FILEM INI MEREPEK. Sirius.

Bhg 1 : Ok. Permulaan cerita ni da agak ok. Scene eksiden tu cantik. gambar org kne langgar tu pun cam real. Plus aksi2 yg whatever dan kadang2 agak merepek.

Bhg 2 : x paham. lepas balik rumah, kuar rempit, kne kejar polis. tu ak taw. tapi tetiba awat ada rempit ligan dia plak? Mai mana adegan tu? tak pasai2 ada mat rempit pi ligan dia. heran sungguh.

Bhg 3 : Sampai KL. tetiba ntah dari mana dpt carik bdk pendek. Tetiba plak carik sponsor nak race. Apa ka gila punya orang. Sampai2 tempat orang, ngan baju xdak, life xdak, umah xdak, makanan ka apa tah kemana.. tetiba nak race trusss????? WTH???

Bhg 4 : moto langgar pintu keta. moto cam xde pape rilek ja. keta sampai terpelanting pintu berterbangan punya jauh. Ok2 ak tipu. Pintu tercabut je. Si pelanggar rilek mcm xdak apa2. Sekelip mata lepastu trus awek tu da sampai pejabat. pantas btul.

Bhg 5 : Racing time. bawak moto, pastu sentuh sikit je moto mamat sebelah ngan kaki, nescaya mamat tu akan jatuh tergolek2 dengan gaya purak2.
Kemudian hero jatuh. Tergolek. kepala berdarah. hidung berdarah. Senang cerita part kepala nampak gaya jadi cacat sementara. TAPI!! Magicknya lepas cuci2 servis, trus luka2 kt kepala suma ilang. Apa lu orang ingat ni cerita Peter Pan ka?

Bhg 6 : Dengan senangnya sorang awek bawak laki balik rumah. Pastu time part sembang ngan awek tu, tetiba skrin jd putih. Ape ade org bentang kain kapan ke.
Dan tetiba plak cakap "Awak tak jujur..?" Eh ape bende tu bro!!! Wa tatak paham la!!

Next : Lisa surihani isap rokok. bajet macho r tu? tak macho la brooo..
Start dari ni da masuk part2 tayang tetek. Betina everywhere. Bergesel2 sambil dapat duit berlakon. Nampak desperate sangat la habaq hang.. xbleh blah la habaq hang.. mampoih la lagu ni..
Lisa surihani plak sekadar jadi watak tempek ja. xde lakonan pun. kalau setakat nak terajang2 tu rasanya ak pown bole terajang.

Pastu : tetiba lisa s ni keja utk sapa plak. xde sebarang bende yg bole buatkan ak tau siapa pakcik botak depan berspek mata itam tu. siap bwk kuar plan2 dan design bajet engineer ka bro? Tak engineer la habaq hangggg...

Kemudian : tgh2 race dgn aksi2 jatuh tergolek2, lepas hero tergolek tetiba mamat tu cakap : "kau menang!"
HELO???? Dimana bahagian of the movie yang menunjukkan si farid hamil ni sampai kat garisan penamat? Tengok nampak macam tgh race x abeh2 lagi ja.
Kemudian flashback sket2, pastu kuar tulisan, meninggalkan aku sendirian tertanya2..
Apakah sebenarnya yang ak sdg tonton ni???
Agknya mayb sbb byk scene kne potong. Apa lah sangat yang boleh diceritakan oleh sebuah movie dalam 1 jam 15 minit?

ini review yg copy dr blog len

KEKURANGAN:

- Jalan cerita tak menarik disebabkan banyak scene yang dipotong.

- Jalan cerita juga menjadi terabur atas sebab yang sama.

- Selain menghisap rokok, buat muka masam. Itu sahaja tugas Lisa Surihani di dalam cerita tersebut. Ibarat pak pacak dan jelas, bakat sebenarnya bukanlah setakat itu.

- Farid cium Intan Ladyana, then tiba-tiba Intan Ladyana cakap Farid tak jujur. Ape jadahnya? Itu antara satu scene yang membuat anda rasa betul-betul diperbodohkan oleh kerana terlalu banyak scene yang sepatutnya ada telah tiada menjadikan cerita itu sudah difahami.

- Tiada yang lainnya dengan aksi rempit di jalanan. Selalu dapat dilihat di jalanraya atau sama sahaja seperti filem lumba haram yang lain.

- Aksi bercakap, berborak, bergaduh dan berlawak bodoh, lebih banyak dari aksi yang sepatutnya lebih diketengahkan. Tapi kami faham sebab banyak scene perlumbaan dah kena potong. Nak buat camana kan?

- Pihak trafik betul-betul diperbodohkan dalam cerita ini sekaligus menggambarkan imej buruk pada pihak polis.

- Aqasha jadi watak antagonis tidak berapa sesuai. Kalau ambil Zul Huzeimy memang confirm menjadi.

- Soundtrack yang digunapakai adalah lagu Pawana dari Search. Kenapa tak buat soundtrack sendiri. Dah bosan dah dengar lagu pawana. Tak feeling dah.


Kesimpulannya : Jangan abiskan duit tgk kt wayang. Download movie percuma pun jangan. Bazir masa download, bazir masa menonton, bazir space hard disk. Saya bagi 2 bintang dari 10 bintang. Kalau ikut pointer 20/100 ni gagal ni.. Kne repeat sem depan..
Sekian.

Rionix ~ baziir masa ak

07 May 2010

Persatuan Salah Cakap

link : Persatuan Salah Cakap

hahah. x sangka persatuan macam ni pun ada. da ada 28K member tu. banyak tul kesalahan2 yg klakar. siap ada wat carta agi. haha.


Lepas tutup pintu, kita gelakkan anjing2 tersebut ok?


Sistem otak bole relocate? nak letak kat mana? lutut? haha


nak sebut cemana nih? secord floor? 1rd plak? firrd floor? haha.


ini xbole blah..


Siap ada budak wat carta agi.. dak umah ak men conteng kt dinding je.

beberapa ayat salah cakap dak umh ak:
spot speed > spot spike
air skyjuice > air skyline
penebar roti canai > pengibar roti canai

ape lagi ek.. tlg igtkan ak~

gambar2 diambil dr group persatuan salah cakap.

Blog Exchange