Welcome to my blog..

Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.

my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html

buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html

How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html

31 January 2010

Ahli Fiqir - Janganlah Pergi Mawar


Ahli Fiqir - Janganlah Pergi Mawar

[chorus] (2x)
Janganlah pergi Mawar
Tunggulah dulu Mawar
Harummu belum puas kuhidu
harap kau sabar

Janganlah pergi Mawar
Tunggulah dulu Mawar
Sehingga benar-benar kembang
Mekar dan segar


Bukan niat hatiku
untuk mengundur diri
Keadaan yang memaksaku terpaksa pergi
Walau berat dihati untuk kutempuhi
kuharap kau mengerti

Mawarku
masihkah kau ingat dulu
Antara iya dan setuju
Kita menjadi satu
Segala rintangan dugaan
Kita hadapi bersama
Mawar oh mawarku
harap kau sabar


[chorus] (2x)


Air mata mengalir tanpa kusedari
Sedih dan sebak didalam hati
Cukup sampai disini perjuangan terhenti
Kuharap kau mengerti

Sendamu guraumu tawamu
senyumanmu caramu suaramu gayamu
Tak mungkin akan mudah
dapat kulupa begitu saja
Mawar oh mawarku
harap kau sabar

Biarlah aku pergi walau berat dihati
Takkan selamanya mawar akan mekar dan wangi
Relakan aku pergi biarku undur diri
Gugur sekuntum mawar tumbuh yang lain lagi
(2x)

Kalau ini yang kau pinta
ini yang kau mahu
ini kehendakmu
akan kuturutkan kemahuanmu
kudoakan kesejaheraan
cuma hanya itu yang ku mampu
mawarku masihku ingat dulu
sewaktu kita bertemu
kau dan aku kita bersama
bersatu hati memburu cita
dengan tekad dan semangat
hampir sedekad capai matlamat
belum lagi tamat


Janganlah pergi Mawar
Biarlah aku pergi
Takkan selamanya mawar akan mekar dan wangi

Tunggulah dulu Mawar
Biarku undur diri
Gugur sekuntum mawar tumbuh yang lain lagi

(2x)

Bukan niat hatiku
untuk mengundur diri
Keadaan yang memaksaku terpaksa pergi
Walau berat dihati untuk kutempuhi
kuharap kau mengerti

~rionix88~
penatnya menulis sambil dengar lagu..

30 January 2010

Bissness...

bosan2 xde kije carik kije..
sape nak format komputer meh la kt ak..
windows xp, 7, ubuntu..
rm 10 (kalau ada driver)

kalau xde driver.. urmm..
ak leh carikkan.. itupun kalu ak jupe la..
tp rm 15 la

skype : rionix88
oovoo : rionix88
ym : rionix88



bisnes ape lagi ek..
jual ketas a4 kut.. sekeping rm 10 ak jual. wahaha...

27 January 2010

Bila semut ketagih air masak

Hobi ak memasak. Sebab ak memang pandai masak. Espesyelly masak air. Tu ak memang pro gile.
Tapi yang x bestnye, bila ak masak air, x lama lepas tu dah ada semut berenang2 sambil minum air. baran betul la aku.
Rasa macam nak menjerit "WOI SEMUTTT!!!"
Tapi aku tau, mesti semut tu tak paham bahasa melayu sebab dia x amik subjek bahasa melayu 4 jam kredit.

Tapi kan.. aku sabar jek. Aku buang air yg kne infection ngan semut tu. Masak lagi. Dah nama pon hobi kan?
Kemudian, kali ketiga, dan keempat, semut tu main berenang2 lagi. untuk ari tu je da 4,5 kali aku masak air. Memang bengang. Geram punya pasal, ak on heater tu. biar semut yang mati lemas tu kne masak sampai didih. Padan muka kena didih. Macam kena siksa kubur. kaco agi hidup ak.

Ko ingat best ke ketagih air masak macam orang isap dadah? kubur kata mari, water heater cakap pergi mati.

24 January 2010

MOVIE unsorted

folder MOVIE unsorted added.

check sndri la ape ade dlm tu.
huhu.

21 January 2010

VG Cats 1


(klik gambar utk paparan lebih besar)

http://www.vgcats.com

bosang2 si upload katun jek..

17 January 2010

Pinda lagi undang2

Pindaan Akta Hak Cipta: Miliki sekeping VCD cetak rompak boleh dikena tindakan

GEORGETOWN: Orang ramai yang memiliki walau hanya sekeping cakera video digital (DVD) atau cakera padat video (VCD) cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang selepas Akta Hak Cipta dipinda tidak lama lagi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu termasuk dalam rangka cadangan pindaan akta berkenaan yang sedang diteliti oleh kementerian itu.

"Di bawah Akta Hak Cipta (sedia ada), menjual salah tetapi membeli sekeping DVD atau VCD cetak rombak tidak salah, sepatutnya kalau jual salah, beli pun salah juga," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Kesedaran Kepenggunaan di sini, hari ini.

Beliau berkata di bawah peruntukan akta sedia ada, hanya mereka yang memiliki tiga keping atau lebih DVD atau VCD cetak rompak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Bla.. bla.. bla.....................................

..................

Oyeah.. pinda lagi undang2.. dan lagi.. dan lagi..

Pinda undang2 jenayah rogol.. Penjara seratus tahun x cukup! Up lagi 200 tahun! 400 tahun!
Pastu hukuman ragut pun kasik UP! kasik blender sampai mati!

Dan itu.. kata mereka. Kata masyarakat. Asek nak upgrade hukuman je.

Ke mana Undang2 Islam berkaitan zina?
Ke mana Undang2 Islam berkaitan mencuri?

Lalu jawab orang2 atasan: "Kita satu Malay-sia2... Berbilang kaum.. So undang2 islam kita letak belakang dulu.. Kita amik Law international punya.."

--------

rionix ~ aku akademik. dinamik. statik. plastik.

12 January 2010

Ahli Fiqir - Derita Merindu

// entri ini ditulis utk su sbb die ckp rindu nak baca blog..
// su : hambik ko..



Ahli Fiqir - Derita Merindu

L
Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan, kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya? bagaimana nak bahagia

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
bayangan wajahmu selalu di depan mata
harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu itu sebenarnya bahagia..
Aku pilih derita..

P
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Mungkinkah esok atau lusa walau biarpun lama
Akan ku biar tiada, ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah
Kaulah tanda tanya? kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya? kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena dikejut igau semula

L
Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan terimalah saja kenyataan?
Aku masih terkilan

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

L
Jika kau dapat memahami hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahgia
Jikalau bahagia bersamamu hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

P
Maafmu tak bererti, kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu, tak ku kenal lagi engkau siapa

rionix ~ ini memang kerja orang malas. ade plak entri khas utk membe pakai kopi pes lirik lagu jek. haha.

06 January 2010

Seliparku diculik


(gambar sekadar hiasan)

Seliparku hilang di angin lalu.. apa salah die?
Selipar ak x penah pukul org. x penah kaco anak dara orang. x penah mencurik. Seliparku da byk la jgk tlg orang.
Tapi.. kenapa dia diculik? Aku bukan orang kaya. x mampu nak bayar wang tebusan. huhu.
Sesiapa yang jupe selipar ak tu..
Sila taip SELIPAR dan hantar ke rionix88 id skype.

Isu kalimah Allah

Kecoh seketika. Seorang hakim kapiaq memberi kebenaran kepada orang2 kapiaq untuk menggunakan kalimah Allah. Ntah apa rasinalnya hakim kapiaq deberi kuasa untuk menghakimi hal ehwal agama islam. Da xde hakim islam ke?

Tak salah untuk menggunakan kalimah Allah asalkan diletakkan ditempat yang betul tanpa mengubah makna asal penggunaan nama Allah tersebut. Tapi sejauh mana kepercayaan kita terhadap kejujuran dan penghormatan mereka terhadap Allah?

Bagaimana kalau disalahguna? Sejarah telah menunjukkan bagaimana usaha orang2 kapiaq untuk memesongkan akidah umat islam. Sedangkan Al-Quran pun sanggup dimanipulasi, diubah, dan macam2 lagi.. inikan pula apabila diberi green light camni. Kucing mana nak tolak ikan depan mata?

Nanti kuar la bible cakap Allah itu beranak, berkahwin, tiga dan tahpape lagi. Alasan definisi perkataan Allah itu sebagai tuhan jugak tak boleh diterima. Kalau sama kenapa pula dalam alquran ada perkataan tuhan dan Allah? Allah sendiri telah mengiktiraf namanya sebagai haknya. Maka kita mestilah mengiktiraf dan meletakkan namanya pada tempat dan makna yang betul, bukan sebagai nama am yang boleh diguna untuk mengganti nama jesus, tuhan gajah atau lain2.

Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
- Surah Al-Ikhlas.

Disini beberapa pautan ke pendapat lain.
faisal tehrani
Nasrudin Hassan at Tantawi
idhamlim

rionix ~ hd komputer ak da penuh... x dapat donlod movee2 baru... huhu

04 January 2010

Tasik Fikir..

Wah banner blog ak da tukar. Tapi ak rasa x puas ati sbb macam kurang comel berbanding banner sebelom nie. Yeke? Ntahlah. Aku tak pandai sangat nak menilai kecomelan2 ni.

Berkenaan tajuk blog tasik fikir tu.. sbb sem ni ak nak jadi mahasiswa yang lebih ilmiah sket. banyak berfikir sket. power ah.
Nanti jadi ilmuan. gilak3.

Semakin tinggi ilmu kita, semakin terasa kerdil.
Apalah sangat ilmu kita untuk dibandingkan dengan ilmu Allah yang maha luas.
Perbandingan ilmu manusia cuma setitis air berbanding ilmu allah seluas lautan, bahkan lebih lagi.
Kerdil kan kita?

Uhuk2.. insap..

Fikir fikir si ahli fikir.

“Katakanlah, perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan Rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman” (Yunus: 101).

02 January 2010

Dead Silence [2007]



Beware the stare of Mary Shaw,
She had no children, only dolls,
And if you see her, do not scream,
Or she'll rip your tongue out at the seam...

Cite dead silence ni sangat seram babas. sape tak tgk agi sila tgk malam2.

Cite ni berkisar pasal sebuah cte hantu lama kat pekan Ravens Fair tentang Mary Shaw, seorang ventriloquist yang jadi gila. Dia dituduh membunuh sorang budak, lalu penduduk pekan yang marah tangkap dia kemudian lidahnya dipotong dan dia dibunuh. Pastu diorang tanam dia dengan anak2 patung buatan tangan kesayangannya.



Sejak kejadian tu, peenduduk Ravens Fair diganggu dengan kematian. Anak2 patung dari koleksi Mary Shaw telah hilang dari kubur dan muncul semula berpuluh tahun kemudian. Beberapa keluarga dijumpai terbunuh diwaktu malam, dan lidah mereka dikerat.

Lama selepas kejadian tersebut dan jauh dari kampungnya, Jamie dan Lisa yang baru berkahwin menyangka mereka telah memulakan kehidupan baru. Namun apabila isterinya mati dibunuh dengan aneh, Jamie pulang ke Ravens Fair untuk menyemadikan mayat isterinya dan bertujuan untuk membongkar misteri kematian isterinya.

Setelah bersatu semula dengan ayahnya yang sakit, dan isteri muda ayahnya, Jamie cuba menyelongkar kebenaran tentang kisah silam berdarah pekan tersebut untuk mencari siapa yang membunuh isterinya dan kenapa. Setelah dia menemui cerita lagenda tentang Mary Shaw, dia akhirnya tahu tentang sumpahannya dan kebenaran disebalik nyanyian dari zaman kanak2nya : Jika anda berjumpa Mary Shaw dan menjerit, anda tak akan dapat bersuara lagi..


Kerana terlalu takut tgk antu, ak pun menjerit : Aaaaaaaaa!!!!
Sep bek aku idup agi. Siyes x tipu.

01 January 2010

Menci awak, sayang kamu..



Untuk awak..
Saya benci awak. Sakit tau awak buat saya mcm ni.
Kalau boleh saya nak benci awak sampai akhir hayat. Untuk selamanya.
Tapi x boleh. Saya tanak idup dalam kebencian.
Nanti tersiksa jiwa. Idup x tenang.
Semoga awak bahagia...

Untuk kamu..
Aku sayang kamu. Mungkin jugak cinta kamu.
Tapi mungkin aku bukan untuk kamu skang. Mungkin suatu hari nanti.
Aku akan tunggu kamu. Terus menunggu..
Sampai datang waktu itu. Tentu.


Alamak. Terjiwang la plak.
Haiz. Mencari semangat baru untuk stadi.

I will omoikiri tsuranuku
never back down
ganbatte!

Selamat Tahun Baru 2010



12.58 malam tadi countdown tahun baru dak2 umah ak bermula..
Makan malam tahun baru ialah ikan bakar.. gila makan sampai nak jalan pun susah..
Haiz. Da la berat ak naik agi cuti sem ritu.
Jogin! Jangan x jogin!

Ah.. aku ingin sekali makan roti canai berkibar2 tu sempena taun baru.. kempunan kang nanti..

BTW.. Taun baru jgk bermakna umo makin meningkat, ajal pun makin dekat..
So.. Ingat2lah MATI... Kang x sempat, masok kubor himpit rapat2...

Chiaw.

Blog Exchange