Welcome to my blog..

Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.

my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html

buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html

How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html

10 July 2009

PPSMI

Baru2 ni (walaupun x baper baru sgt) heboh plak pasal nak dicancelkan (ok language berterabor) PPSMI nih. Aku adalah antara orang yang sangat bersetuju ngan keputusan bersebut. Mana taknya, aku adalah orang yang sangat fobia ngan Bahasa Inggeris time skola rendah dulu. Dengan bangganya aku nak bagitau korang bahawa UPSR dulu BI aku x dpt A pun.

Bayangkan kalo Math n Sains diorang ajar dalam BI time tuh? Oh i'm sure as hell that aku xkan dapat A dalam 2 subjek tuh. Mungkin jugak gagal. hoho..
Waktu cikgu ajar bi dlm klas time tu ak rasa mcm cikgu tu ckp bahasa alien. sepatah haram pun haku x paham. Utk subjek bi ak selalu duk belakang sekali. bukan tempat duduk aku kt blakang, tapi ranking aku dalam BI ada kat bawah sekali.

PPSMI cuma nak puaskan hati mereka2 yang berkuasa je. Time Tun nak laksanakan PPSMI dulu tu, ramai plak pengikut2 dia yang sokong. Kalau ada yang bangkang, kne tuduh taknak tgk bangsa sndri maju utk mengharungi era globalisasi yang makin mencabar bla.. bla.. bla..
Pendek kata orang yang tak setuju akan dikecam. Sangat kelakar.
Apatah lagi PPSMI tu dilaksanakan secara terburu. Tetiba je nak wat. Pastu plak yang paling sakit hati Pemimpin (kunun2nya pemimpin la) masa tu (pepaham la sapa kan) langsung taknak dengar pendapat orang. Korang sendiri pun kenal la perangai dia tu, mana ada orang lain betul, dia sorang je yang betul. Sampai orang dalam parti dia pun pangkah perangai dia tu (lepas dia dah x jadi PM la.. masa dia tengah berkuasa kne jaga hati dia).

Kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina)

  • Menggunakan kepakaran 53 pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008. Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.
  • Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai 553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagai sampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan.
Hasilnya

- PPSMI hanya mampu menunjukkan peningkatan minimum kepada penguasaan bahasa Inggeris sebanyak empat peratus dan pada masa yang sama mengurangkan minat untuk mempelajari subjek Sains dan Matematik.
- Menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
- PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.

Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS 2007)

Kajian penting ini walaupun tidak merujuk secara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains (pelajar Gred 8 atau Tingkatan 2) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysia pada tahun 2007.

Hasilnya

- Skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalam matematik dan sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mata berbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. Skor sains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort 1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003.

- Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagi matematik dan 40 mata bagi sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali di kalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysia tergolong dalam kategori Advanced Benchmark Matematik dalam TIMSS 2007 berbanding enam peratus pada 2003.

- Berdasarkan perbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategori matematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007, hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45 peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10 peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia (lima peratus).

- Dalam kategori 'High Benchmark 550' Matematik, hanya 18 peratus pelajar Malaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70 peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus), Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus). Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian sains juga merosot secara mendadak.

- Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian matematik dan sains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar matematik dan sains dalam bahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasa kedua/asing.

- Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengan kelemahan dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi.

Kajian Prof Dr Nor Hashimah Jalaludin

Satu kajian telah dilakukan oleh Prof Dr Nor Hashimah pada tahun 2004 menunjukkan 75% pelajar setuju belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris mendatangkan masalah pemahaman dan 77% setuju bahawa bahasa Melayu mampu menyampaikan Sains dan Matematik dengan berkesan. Kajian sama yang dibuat ke atas guru pula mendapati 96% guru setuju pelajar semakin kurang minat dalam Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris dan 98% guru setuju pelajar mempunyai masalah memahami Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 971 orang pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dalam aliran kebangsaan dan jenis kebangsaan di bandar dan luar bandar. Sementara bagi guru ia melibatkan 43 orang guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 20 tahun berumur melebihi 25 tahun pada tahun kajian dibuat.

Maklumat lain yang menarik
- Hanya 8% guru2 yang mengajar PPSMI bersedia utk mengajar dlm bahasa inggeris. Kelakar bukan? 92% lagi akan menghancurkan masa depan pelajar.
- Maklumat yang 'disuap' kerajaan kepada kita ialah pelajar suka belajar dlm BI, cikgu ske mengajar dlm BI, keputusan peperiksaan meningkat, bla.. bla..
Heheh.. betul ke? Statistik boleh dimanipulasikan. Markah lulus boleh diturunkan utk memberi efek gempak. "Waa~ ramainya yang lulus~~"
- PPSMI dilaksanakan secara sekaligus ke semua sekolah kerajaan, bukan berperingkat. Pe jadah? Cemana nak wat perbandingan utk mengkaji keberkesanan die?
- Sekitar akhir tahun 2008 dan awal tahun 2009, bangkitnya sebuah pergerakan bergelar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang matlamat utamanya adalah memastikan dasar PPSMI dimansuhkan secepat mungkin.
- Diorang turut dibantu Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional) yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 Perlembagaan yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
- Che Det wat poll kt blog dia. Tp x baper bley pakai sgt sbb kebanyakan yang masuk blog dier adalah peminat dier, bukan student skolah. Understand what i mean? (Poyo da aku)
- Aku pegi tgk blog Faisal Tehrani.. dia pun pangkah PPSMI gak..
- Ak penah dgr khabar angin yg kata silibus ppsmi di'ringan'kan supaya student senang lulus. ntahla betul ke x. Aku x percaya sgt ngan khabar angin.

Pendapat ak yang telus
- x kisah sgt.. tapi ak lagi ske kalo ajar dlm bm berbanding bi.
- ada cadangan utk wat ppsmi kt sekolah menengah saja. mcm ok gak. xde la mcm sial sgt. maklumler diorang dah kenal sket ape tu bahasa inggeris.
- PPSMI tu utk siapa? Utk mereka2 yang berkuasa ke utk pelajar? So da tanya ke belum pelajar tu? Kalau nak kawen bole plak tanya si gadis samaada nak terima ke x.
- xde jawapan yang tepat, cuma istilah 'lebih baik' je. Bagi budak skola rendah, lebih baik ajar dalam BM. Sebab BI pun diorang x kenal sepatah haram macam la aku dulu. (kiasan ni.. kiasan)

References (BI la pulak)

http://ms.wikipedia.org
http://www.pkpim.net
my kepala hotak
my experiences as school student
aper lagi erkh..

No comments:

Post a Comment

Blog Exchange