Welcome to my blog..

Feel free to read/copy anything and please put the reference link to original source.
Share your blog link at the bottom of this page.

my sharing server : http://172.25.169.224/
How to download : http://rionix88.blogspot.com/2011/04/rionix-sharing.html
Other Sharing site : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/ump-sharing-links-2.html

buat duit : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/buat-ump-sharing-buat-duit.html

How to build server : http://rionix88.blogspot.com/2011/01/kaedah-membuat-ump-sharing-server.html

10 August 2009

Cerita di pagi hari

Arini aku bangun pagi awal. gler punya awal. H1N1 tanpa selsema pun belum bukak mata. (Dalam erti kata lain, BAB1) Haha.

Kepala tengah pening, maklumle baru bangun. kuar bilik. tutup pintu pelan2 tapi tetap bunyi kuat jugak. pintu.. oh pintu..
Aku pergi ruang tamu.. ntah ape kije la aku pegi ruang tamu time pepagi buta. Tiba2 mata aku terpandang sesuatu yang aneh. aku tergamam sebentar.
"bermimpikah aku?" fikirku. Seorang jejaka yang amatlah hensemnye tengah berdiri depan aku. betul2 depan aku.

Kucuba untuk bertanya, siapa namanya. Namun lidahku kelu untuk berkata2. Kehenseman beliau membuat aku terpegun berdiri disitu, x bergerak2.
Takkanlah aku da jatuh cinta kat dia ni.. Aku bukannya gay. Aku masih normal.

Aku pejam mata sebentar.. cuba mengumpul sedikit kekuatan. Bukak mata pelan2, dia masih ada depan aku. Tetiba aku rasa something weird.
"Oh dem.. muka aku rupanya.. imej dalam cermin je.."

Leceh betul la bila terpandang muka sendri ni. Hensem sangat. Sial la. isk2.


Mirror2 on the wall..

Rionix ~ ini bukan riak. tapi ak terpaksa berkata benar biarpun kenyataan kadangkala pahit untuk ditelan.

09 August 2009

FTP Update

Seperti yang aku cakap dulu.. ak akan updet seber ak..


Anastasia [1997]
Are You Scared 2 [2009] (no sub)
Balls Out - The Gary Houseman Story [2009]
Barnyard [2006]
Bigger Stronger Faster [2008] (documentary)
Bodyguard A new Beginning [2008]
Cidade De Deus [2002]
Confessions of a Shopaholic [2009]
Cristiano Ronaldo - The Boy Who Had A Dream [2009] (documentary)
Push [2009]
S. Darko A Donnie Darko Tale [2009]
Street Fighter - The Legend of Chun Li [2009]
Transformers 2 (wayang)

silala mendonlod..

Minta maaf awal2

Ak nak mintak maap awal2 kepada sesaper yg terbaca atau mmg sengaja nak baca blog ak

Terkadang2 entri aku agak beremosi
terkadang agak jiwang
terkadang.. berkias

Aku memang suka berkias. Kata berkias. Madah berhias
Bukan sekadar suka2. tapi kadang2 ada hati yang perlu dijaga. taknak nanti ada yang terluka.
Kalau yang terluka memang orang yang aku x suka, mana boleh tak apa.
aku manusia mereka pun manusia. bukan binatang biasa2. bukan binatang luar biasa.

Jadi.. aku mintak maap awal2
kalau suka jemput baca. kalau x suka x payah baca. ak x paksa.

Rionix ~ coolkan jiwa sebelum baca

06 August 2009

Travian - Keajaiban Dunia

Karangan di travian sebelum munculnya natar

Hari-hari semakin singkat dan malamnya diselubungi kabus kelam dan hembusan angin dingin di musim sejuk. Salji pertama yang turun dari langit menandakan penghujung untuk semua yang telah dan akan berlaku.

Kejayaan dan kecermelangan masa lalu tidak lagi dilihat hebat dan cemerlang dalam dunia baru ini. Ia hanyalah memori lalu di kala mereka merasa diri mereka takkan mati. Pahlawan tua duduk di samping unggun api dan mengenang semula rakan rakan yang telah gugur pada peperangan lalu. Askar askar dan kejayaan lalu telah hilang keghairahan, mereka yang masih ada memikirkan sama ada masih terdapat sesuatu yang berbaloi diperjuangkan. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk tidak akan berdiam dan melayari malam musim sejuk, pada zaman ini, zaman mereka, ini adalah sesuatu yang akan dikenang sehingga penghujung hayat.

Mereka bersumpah untuk menjelajahi dunia untuk mencari pengetahuan keajaiban masa lalu, tersembunyi di sebalik masa, di dunia yang melepasi batas kemanusiaan. Satria dan pahlawan mencari di sepanjang padang pasir, hutan dan gunung ganang, bagi mencari unsur yang hilang pada masa lalu agar kembali semula. Selepas pelbagai rintangan dan onak duri, tiba tiba seorang satria yang tidak dikenali bertemu dengan Dewi Kayangan yang muncul dan membawanya ke penemuan satu puak yang telah lama hilang namun sentiasa menjadi bualan mereka yang hidup---- Puak Natar. Natar adalah puak yang terkenal dengan tradisi dan misteri, satu bangsa purba yang sangat ditakuti kerana keganasan dalam pertempuran mereka sehingga dijadikan cerita untuk menakutkan kanak kanak sebelum tidur.

Dengan penuh kebimbangan, askar askar Travian mengucapkan selamat jalan kepada yang tersayang, mungkin untuk kali terakhir, untuk maju menghala ke kampung-kampung Empayar Natar. Beratus ribu jiwa maju ke jalan yang sesak dibawah kedinginan musim sejuk untuk menentukan takdir mereka. Tiada ketakutan pada mata mereka, tiada kekesalan, mereka tahu inilah peluang mereka, satu satunya peluang untuk meninggalkan zaman bukan dengan senyap senyap, tetapi dengan ngauman, dengan pengisytiharaan kewujudan mereka. Pengisytiharaan yang akan kekal sepanjang zaman, untuk menjadi cerita, lagu dan lagenda.

Di bawah kedinginan musim sejuk, cahaya memenuhi ruang angkasa kampung Natar yang sedia menanti kedatangan beratus ratus ribu askar Travian yang sedang maju ke arah mereka, Tentera Pembinasa dari Empayar Pembinasa bersedia mempertahankan titik berharga yang pernah membantu mereka menguasai dunia, mengetahui banyak kelebihan yang mereka ada amat penting untuk nasib dan hidup mati zaman tersebut.

Rionix ~ whatever~

05 August 2009

Belajar tambah

Dikala cuti selsema babi di U aku, aku pun cuba la mencarik2 kt internet pasal Visual basic neh. Leceh btul ble VB6 ngan VB 2008 yang aku guna x sama coding nyer. Kt kelas blaja tulis cam laen. Bia buat kt umah kne tules cam laeh. duh. Walaubagaimanapun, aku tetap berhasil menyiapkan applikasi tambah neh. Jadi sesiapa yang nak belajar tambah2 ngan aku, meh la.
1+1 = empat..
5+5 = limabelas..
aahaks..


Betul x kiraan die ni? kalau x percaye, boleh bukak kamus matematiks.

Siot.

02 August 2009

My Girl...

Ah.. bosannya malam ni..
Terasa mcm gadis bujang yang tengah tunggu putera raja datang masuk meminang sambil tengok drama My Girl..
Yes, you read it right...
Drama korea my girl.. ermm.. nama pelakown dier sorang pun ak haram x kenai..
Gile lama ak ada cite ni baru mlm ni sempat tgk.. Kalo org nampak mesti diorang kesian kt ak..
"Gilak ah sian ko nix.. Da bape taun cite ni.. baru arini stat tgk.."
Sadis bukan?

Well.. biasak ar tu. ak terlebih kumpul movie2 dan drama2 sampai x sempat nak nonton.. Cuma beberapa peratus je dari muvi2 yang ak ada yang ak sempat tgk..



Bagai jawapan aku dalam interview:
"Saya tgk muvi sambil makan.. makan 5 minit, 5 minit jugaklah muvi saya nonton..
Kalau muvi sejam, korang darab la 5 minit x 12 = 1jam.. dua belas kali makan baru abes satu muvie.."

Rionix ~ My Girl ada dlm seber ak.. kalo nk donlod..

*edit : wiki.d-addicts cip.. so cip.. taik tul.. macam la gamba tu hak milik dia (macam ke?)
ak da tukar ngan gamba yg diupload aku..

01 August 2009

FTP Tutup : Ump Cuti

Seber aku mungkin akan tutup.. Sok ak nak balik.. balik.. balik..
Lepas cuti nanti ak bkk balik diiringi movie2 baru.. wait n see..



Itupun kalu ak sempat bangun utk nek bas ump yang percuma.. (i like percuma) disebabkan kes Selsema BAB1 H1N1..

kalu ak tertinggal bas? tada~ berehatlah saya di UMP..

Sebenarnya aku x minat sangat cuti kali ni.. lagipun ak bukan seorang peminat cuti..
ak lagi ske cuti panjang tyme raya nanti.. ah.. mesti raya nnt cuti pendek.. xbesnye..

Rionix ~ Katakan TAK NAK kepada bab1 dan sekutu2nya. Banyak penyakit kaum kerabat diorang bawak. Sial la.

Blog Exchange